Wahai Yang Sedang Berdukacita, Kalam ALLAH Ini Buatmu

Kalam ALLAH sebagai sumber kekuatan dalaman bagi Mukmin.

ALLAH `Azza wa Jalla adalah pencipta kita dan DIA adalah pencipta segalanya.  DIA mengetahui yang zahir dan yang batin.  DIA mengetahui apa yang terkandung di dalam lubuk hati kecil kita.  Dan DIA tidak pernah membiarkan kita terkontang-kanting tanpa panduan dan cara menyelesaikannya.

Di dalam al-Qur’an yang mulia, ALLAH telah menyediakan semua jawapan terhadap persoalan manusia.  Tinggal kita sahaja, samada sombong atau tidak, samada mahu mengkaji atau tidak, untuk mendapat manfaat yang besar dari kata-kata ALLAH Jalla wa A`la di dalam kitab yang mulia tersebut.

Berikut adalah sebahagian dari jawapan-jawapan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala terhadap bisikan-bisikan yang selalu singgah ke dalam hati manusia yang sedang berdukacita ketika berhadapan dengan situasi sukar masing-masing.  Semoga dengan mengetahuinya, hati kita dapat menjadi tenang, insyaALLAH.

1.
Tatkala hati kita berdukacita bertanya ke dalam diri “Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”, sebenarnya ALLAH `Azza wa Jalla telah pun memberitahu kepada kita bahawa belum tentu apa yang kita idam-idamkan itu baik buat diri kita.  ALLAH berfirman:

وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيـًٔا وَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۖوَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah, 2:216)

2.
Tatkala hati kita merungut terhadap ujian yang berat lalu berbisik “Kenapa ujian terhadapku seberat ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman di dalam al-Quran bahawa DIA tahu tahap kesanggupan dan upaya hamba-hambaNYA:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفسًا إِلّا وُسعَها

“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, 2:286)

3.
Apabila insan rasa terhimpit dan dilanda kekecewaan yang teramat sangat dek ujian yang melanda, lalu menjerti di dalam hati “Bagaimana aku tidak kecewa???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan motivasi buat hati:

وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” (Surah aali `Imran, 3:139)

4.
Sedang kita berhadapan dilema menghadapi situasi sukar lalu hati kita berbisik kebingungan “Bagaimana harus aku berhadapan dengan semua ini???”, ALLAH `Azza wa Jalla telah pun berfirman memberikan panduan:

وَاستَعينوا بِالصَّبرِ وَالصَّلوٰةِ ۚ وَإِنَّها لَكَبيرَةٌ إِلّا عَلَى الخٰشِعينَ

“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, 2:45)

5.
Tatkala manusia tertanya-tanya “Apa yang aku dapat daripada semua ini???” jika bersabar dan redha dengan ketentuan taqdirALLAH `Azza wa Jalla telah pun menjawab dengan firmanNYA:

إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ

“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, 9:111)

 

6.
Apabila kita rasa berseorangan dan tidak larat menghadapi ujian lalu hati kita berbisik “Pada siapalah hendak aku minta pertolongan???”.  Ketahuilah bahawa ALLAH `Azza wa Jalla lah tempat kita menumpukan usaha memohon pertolongan.  ALLAH telah pun berfirman:

فَقُل حَسبِىَ اللَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ العَرشِ العَظيمِ

“Maka katakanlah:  “Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-NYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”” (Surah at-Taubah, 9:129)

Maha Suci ALLAH, Segala Pujian BagiNYA yang sentiasa bersifat kasih dan sayang terhadap kita.  Kesemua jawapan-jawapan ini yang diperolehi dari kata-kata ALLAH di dalam al-Quran yang mulia dapat memberikan ketenangan dan kekuatan dalaman buat insan yang membaca dan memahanimya.

Ia menjadi bekalan buat diri dalam menempuhi jalan kehidupan yang panjang dan sementara ini.  Cukuplah ALLAH sebagai penolong dan tempat diserah segala urusan…

Wahai yang sedang berdukacita, tidak usahlah berdukacita kerana ALLAH sentiasa bersamamu dan menolongmu, jika dirimu bersabar.

www.muzir.wordpress.com


13 responses to “Wahai Yang Sedang Berdukacita, Kalam ALLAH Ini Buatmu

  • Kerajaan Rakyat

    Salaam dan terima kasih kepada penulis blog ini.

    Semoga sdra sentiasa berada dalam dakapan kasih Allah SWT hendaknya..

    Like

  • kay

    salam, bagaimana pula dgn org bukan islam? mereka tidak merujuk kpd KALAM ALLAH tersebut tapi, mereka juga berjaya malah lebih berjaya dan mampu mengawal ekon negara dan juga dunia? Islam tak mahu kita berserah pd takdir semata2,malah berusaha sblm mengalah (tawakal). dari jwpn2 /petikan2 diatas, seolah2 kita lebih baik mengalah dan berserah pd takdir.
    maaf, jika statemetn ni menganggu mana2 pihak termasuk tuan,.
    sekadar menulis berdasarkn pd pemerhatian sekeliling,. TK.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam…
      Orang2 yg belum ISLAM sekiranya mereka berusaha, tentunya kebahagiaan juga mereka perolehi di dunia ini. Kerana ALLAH bersifat ar-Rahman. Kasih-sayangNYA meliputi semua makhluq yang DIA ciptakan.

      Tapi kita kena ingat,kebahagiaan yg mereka perolehi bukanlah kebahagiaan yg hakiki, malah hati yang sakinah tidak mereka rasai. Begitu juga dengan ummat ISLAM yg tidak jadikan ALLAH sebagai tujuan hidup. Mereka mungkin bahagia dan berjaya, tetapi tidak mutlak dan tidak sakinah.

      Kita disuruh agar berusaha dan bertawakkal. Namun jika tidak berjumpa dengan kejayaan, lalu kekecewaan datang, maka sebagai Mukmin kita tidak akan terlalu tertekan berbanding yang tidak Mukmin, kerana bukan sahaja kenikmatan memberi kebaikan, malah musibah/kesusahan juga ada padanya kebaikan jika mereka bersabar. Tidak di dunia, di akhirat nanti insyaALLAH kebaikan itu menjumpai kita.

      Kalam2 ALLAH bisa mententeramkan dan menenangkan hati manusia yang beriman. Kerana ia bukan sekadar janji biasa, atau pujukan biasa. Tetapi ia adalah janji dan pujukan oleh Tuhan yang mempunyai keseluruhan kerajaan di dunia dan di langit. Orang Mukmin berpada cukup apabila mendengar kata2 mulia ini…

      Like

  • Anonymous

    Assalam mualaikum tuan blog. Mohon share ilmu yg berguna ni… terimakasih

    Like

  • Zulkifli Salleh

    Salam Muzir,

    Terima Kasih. Peringatan2 seperti ini sgt bermakna utk saya. Apabila hati dan perasaan merasa malas dan semakin malas utk berbuat amal, peringatan seperti ini menambahkan semangat. Syabas sejujurnya tulisan2 di dalam Blog Saudara memberi Impact kepada saya. .

    Like

  • hatimiraallah

    Dalam al-quran ada ayat MUKHAMAD dan ayat MUTASYABIHAT.Golongan yang sedikit memilih ayat MUKHAMAD….hatimiraallah

    Like

  • Firdaus Azman

    BARAKALLAHUFIK Ust Shah =)

    Kalamullah mampu MEMUJUK hati yg KECEWA utk redha dgn ketentuan-Nya,, (tiada kena mengena dgn ‘lebih baik mengalah tnpa usaha’ seperti yg dikatakan En. Kay di atas… Maaf… :)

    Like

  • addin

    salam, minta share ye . terima kasih :)

    Like

Leave a comment