Al-Quran Muka Surat 208/604

[Muka surat 208/604]
[Surah Yunus]
[Surah nombor 10, ayat 1-6]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

الٓر ۚ  تِلْكَ ءَايَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ

Alif, Laam Raa’, ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh. {10:1}

أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ رَجُلٍ مِّنْهُمْ أَنْ أَنذِرِ النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِندَ رَبِّهِمْ ۗ  قَالَ الْكَافِرُونَ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ مُّبِينٌ

Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan KAMI telah wahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): “Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi TUHAN mereka (disebabkan amal-amal soleh yang mereka kerjakan). (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: “Sebenarnya (Al-Qur’an) ini ialah sihir yang terang nyata.” {10:2}

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ  يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ  مَا مِن شَفِيعٍ إِلَّا مِن بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ  ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ  أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya TUHAN kamu ialah ALLAH yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian DIA beristiwa di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNYA. (Yang bersifat demikian) itulah ALLAH, TUHAN (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNYA; patutkah kamu – setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNYA? {10:3}

إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا ۖ  وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ  إِنَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ بِالْقِسْطِ ۚ  وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

KepadaNYAlah kembalinya kamu semua, sebagai janji ALLAH yang benar. Sesungguhnya DIA lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian DIA mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur. {10:4}

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَآءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ  مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ  يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

DIA lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan DIA lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. ALLAH tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. ALLAH menjelaskan ayat-ayatNYA (tanda-tanda kebesaranNYA) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmah sesuatu yang dijadikanNYA). {10:5}

إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَئَايَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَّقُونَ

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh ALLAH di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan ALLAH) kepada kaum yang mahu bertaqwa. {10:6}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: