Pagi tadi saya menerima SMS dari seseorang yang bertanyakan tentang buku sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang bagus untuk dibaca. Saya rasa elok juga saya catitkan di sini beberapa catitan berkenaan sebuah buku sirah yang telah mendapat banyak recommendation dari golongan cerdik pandai agama.
Nama buku: Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah saw
Pengarang: Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri
Penterjemah: Muhammad Ramzi Omar
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Beberapa tahun lepas saya telah membeli buku dengan tajuk yang sama, tetapi terjemahannya dalam Bahasa Indonesia. Saya merasakan kurang lancar membacanya. Justeru apabila terjumpa edisi terjemahan Bahasa Malaysia terbitan YADIM, saya terus buat keputusan mendapatkannya. Alhamdulillah, susunan bahasa dan penggunaan perkataannya lebih mesra kepada pembaca rakyat Malaysia.
Kenapa buku ini mendapat rekomendasi yang luas dari orang ramai?
Saya mengenali buku ini hasil membaca satu perbincangan forum di Al-Ahkam.net. Di sana telah disenaraikan beberapa buku yang wajar dibaca oleh sekalian muslim. Dan dalam bab sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, disarankan buku ini: Ar-Rahiq al-Makhtum.
Buku bertajuk Ar-Rahiq al-Makhtum tulisan Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri ini sebenarnya telah terhasil dari pertandingan yang dianjurkan oleh Rabithah Al-Alam Al-Islami pada 1396H di Pakistan. Syarat yang ketat dalam menghasilkan karya berkualiti tentang sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah disenaraikan. Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi pertandingan tersebut ialah:
-
Kajian mesti perspektif, berdasarkan urutan kejadian.
-
Mesti bagus kualitinya dan belum pernah diterbitkan.
-
Penulis mesti menyebut manuskrip dan sumber ilmiah yang menjadi landasan tulisan tersebut.
-
Penulis mesti menyebut biografi lengkap tentang diri penulis dan melampirkan karya-karya ilmiah yang pernah ditulis.
-
Kajian mesti ditulis dengan tulisan tangan yang rapi atau ditaip.
-
Tulisan bebas dalam bahasa apa pun.
-
Hasil tulisan akan diteliti oleh panel khusus yang terdiri dari para ulama yang pakar.
Sebanyak 171 kajian telah dihantar dari seluruh dunia. 84 darinya dalam bahasa Arab, 64 dalam bahasa Urdu, 22 dalam bahasa Inggeris dan 1 dalam bahasa Perancis. Pemenang bagi pertandingan tersebut adalah seperti berikut:
-
Tempat Pertama: Shaikh Safiyyurrahman al-Mubarakfuri dari Al-Jami’ah As-Salafiyah di India.
-
Tempat Kedua: Dr Majid Ali Khan dari Al-Jami’ah Al-Mahalliyah Al-Islamiyyah di India.
-
Tempat Ketiga: Dr Nushair Ahmad Nashir, Rektor Al-Jami’ah Al-Islamiyyah Pakistan.
-
Tempat Keempat: Al-Ustadz Hamid Mahmud Muhammad Manshur Laimud dari Mesir.
-
Tempat Kelima: Al-Ustadz Abdussalam Hasyim Hafizh dari Madiah Al-Munawwarah, Arab Saudi.
Pengumuman pemenang telah diumumkan di Karachi, Pakistan pada 1398H dan telah mendapat liputan akhbar secara besar-besaran. Untuk penyerahan hadiah, satu acara khas yang penuh meriah telah diadakan pada 1399H di Makkah dengan dihadiri oleh ramai tokoh-tokoh.
Tersebarnya buku Ar-Rahiq Al-Makhtum adalah hasil usaha dari Rabithah Al-Alam Al-Islami yang telah menyebarkan kajian yang menjadi juara dalam pertandingan tersebut dalam bentuk buku, dan diterbitkan dalam banyak bahasa. Menurut kata-kata Shaikh Muhammad bin Ali Al-Harakan yang merupakan ahli Rabithah Al-Alam Al-Islami yang saya petik dari buku terbitan Pustaka Al-Kautsar, insyaALLAH kajian-kajian yang turut menang dalam pertandingan tersebut akan menyusul disebarkan.
Semoga kita sama-sama dapat mengulangkaji dan mengenali sirah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, dan semakin subur rasa cinta dan rindu untuk bertemu dengannya pada hari akhirat nanti…
WaAllahu Ta’ala A’lam…
Shahmuzir Nordzahir www.muzir.wordpress.com—–
*Tuan/puan boleh dapatkan buku di atas dari saya, in shaa’ ALLAH:
February 13th, 2011 at 7:24 PM
[…] mendapatkan buku sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam yang berada di pasaran seperti buku Ar-Rahiq Al-Makhtum susunan Sheikh Safiyyur Rahman al-Mubarakfuri. Tulisan di atas diringkaskan dari apa yang […]
LikeLike
November 30th, 2011 at 12:49 AM
[…] jalan hidup Baginda. Antara buku sirah Nabi yang selalu disarankan ialah buku yang berjudul ar-Rahiq al-Makhtum yang dihasilkan oleh Sheikh Safiyyu ar-Rahman […]
LikeLike
March 9th, 2012 at 8:00 AM
Assalamualaikum abg.saya sagat-sangat berminat dengan buku Sirah Ar-Rahiq al-Makhtum tetapi saya tidak dapat membelinya kerana ada sebab tertentu.Saya baru sahaja form 3 dan tahun ini bakal mengambil peperiksaan PMR.saya amat jahil mengenai sirah Rasulullah SAW ini.saya memang dah lama nak memiliki senaskah buku ni.abg ada ke?saya nak minta jasa baik abg agar menghadiahkan/menyedekahkan saya buku ni.kalau nak beli saya tak boleh..Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa baik abg.kalau abg nak bagi dekat saya, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan minta dihalalkan buku itu pada saya.
LikeLike
April 30th, 2012 at 11:36 PM
Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri:
LikeLike
February 23rd, 2013 at 10:09 AM
Salam. Ustaz, kalau terjemahan indonesia, susah sangat nak faham atau macammana? Saya ingat nak beli terbitan Darul Haq
LikeLike
February 23rd, 2013 at 10:30 AM
wa`alaikumussalam. Awak beli terbitan YADIM (Yayasan Dakwah Islam Malaysia), ia terjemahan Bahasa Melayu Malaysia yang piawai. Yang dalam gambar di atas ialah terbitan YADIM, tapi sekarang kulit bukunya sudah ditukar warna…
LikeLike
September 29th, 2013 at 10:50 AM
Kulit buku dah tukar. Yang terbaru begini rupanya. Cetakan ke-6:
LikeLike
October 2nd, 2013 at 12:49 AM
[…] –> Boleh baca maklumat lanjut mengenai buku tersebut di sini: KLIK! […]
LikeLike
October 9th, 2013 at 12:35 AM
Pelbagai bahasa:
==============
The Sealed Nectar (Ar-Raheeq Al-Makhtum). Insha’Allah now available in many Languages.
The Sealed Nectar (Ar-Raheeq Al-Makhtum). A complete authoritative book on the life of Prophet Muhammad (May Allaah bless him and grant him peace) by Sheikh Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri. It was honored by the World Muslim League as
first prize winner book. Whoever wants to know the whole life style of the Prophet in detail must read this book. InshaAllah for reading this you can download this book in pdf format translated in different languages from links provided below
Arabic
http://www.islamhouse.com/p/2382
English
http://www.islamhouse.com/p/51776
Bosnian
http://www.islamhouse.com/p/329
Russian
http://www.islamhouse.com/p/1761
Sindhi
http://www.islamhouse.com/tp/46983
Urdu
http://www.islamhouse.com/p/78451
Bengali
http://www.islamhouse.com/p/328224
Greek
http://www.islamhouse.com/p/401296
Spanish
http://www.islamhouse.com/p/273050
Persian
http://www.islamhouse.com/p/255853
Indonesian
http://www.islamhouse.com/p/338567
Dutch
http://www.islamhouse.com/p/319848
Pashto
http://www.islamhouse.com/tp/74475
Romanian
http://www.islamhouse.com/p/108316
Albanian
http://www.islamhouse.com/p/289730
Chinese
http://www.islamhouse.com/p/393308
LikeLike
January 20th, 2014 at 12:32 AM
Assalamualaikum, ustaz mcm mna klo sya nak bli borong..lgi 1 sya nak tanya buku ni ada di pasaran atau skadar dlm kdai buku online sahaja.
LikeLike
January 20th, 2014 at 12:35 AM
Assalamualaikum, ustaz sya nak tanya buku ni ada di pasaran atau sekadar di kdai online sahaja..mcm mna klo sya nak beli borong?
LikeLike
July 28th, 2014 at 8:03 PM
Assalam,ustaz.
Masih boleh order selepas raya tak?
LikeLike
August 4th, 2014 at 12:38 PM
Salam.ustaz,blh order lg ke kitab ni?
LikeLike
August 4th, 2014 at 6:08 PM
Wa`alaikumussalam warahmatullah. Ya boleh. Selagi stok masih ada…
LikeLike
May 26th, 2015 at 3:04 PM
sya nk bli buku ni
LikeLike
May 26th, 2015 at 3:14 PM
Sila hubungi 019-3826408 :)
LikeLike