Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH. Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.
Cara Yang Betul
Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
- Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
- Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
- Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
- Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
- Tidak berwangi-wangian.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
- Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…
Cara Yang Salah
Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
- Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
- Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
- Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
- Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
- Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
- Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
- Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.
Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat. Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai. Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka. Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.
WAllahu Ta`ala A`lam.
July 22nd, 2011 at 5:04 PM
mohon share ya ustaz! (^_^)v
LikeLike
July 29th, 2011 at 11:36 PM
Boleh. Amat dialu2kan agar disebarkan :)
LikeLike
July 24th, 2011 at 9:46 PM
sepatutnya semua wanita kena baca nih!
LikeLike
July 26th, 2011 at 4:50 AM
Terima kasih atas tulisan di atas. Semoga semua wanita – isteri, ibu, dan anak-anak akan faham dengan berpakaian yang sebenarnya. Para suami, ayah juga harus memainkan peranan untuk memperbetulkan mereka.
LikeLike
August 13th, 2011 at 12:03 AM
salam…abistu kalo seseorg tu pakai tudg tp nmpk dia punye prhiasn cnthnye rntai pnjg…ape hukumnye
LikeLike
December 21st, 2011 at 3:14 PM
kalo pakai tudung menutup dada tu, rasenye tak nmpk dh rantai, except rantai tu pnjg smpai ke perut
LikeLike
August 13th, 2011 at 12:06 AM
salam…abistu kalo ade org pake tudg tp nmpk rntai brdoseke
LikeLike
August 14th, 2011 at 3:36 PM
wa`alaikumussalam.
Boleh nak berhias dan memakai perhiasan ala-kadar. Tapi jangan sampai menarik perhatian sangat.
Sudah ditulis di no. 2 & 8 untuk panduan yang betul di bahagian CARA YANG BETUL di atas.
LikeLike
January 3rd, 2012 at 2:04 PM
salam.. mntak share ya ustaz.. utk disebarkn melalui blog n facebook.. :)
LikeLike
February 22nd, 2012 at 7:06 PM
wa`alaikumussalam…
Boleh. Sangat dialu2kan :)
LikeLike
June 5th, 2012 at 6:55 PM
[…] Baca cara berpakaian muslimah yang betul menurut Islam di sini: https://muzir.wordpress.com/2011/07/21/busana-muslimah-betul-vs-salah/ […]
LikeLike
July 4th, 2012 at 11:06 AM
salam..mohon share ya ustaz,,syukran
LikeLike
October 6th, 2012 at 7:13 AM
wa`alaikumussalam. Silakan :)
LikeLike
December 11th, 2012 at 10:54 AM
[…] [Baca mengenai etika pakaian Muslimah di sini: Busana Muslimah: Antara Betul & Salah ] […]
LikeLike
February 18th, 2013 at 10:21 AM
[…] Busana Muslimah: Betul VS Salah […]
LikeLike
March 12th, 2013 at 10:41 AM
[…] Baca sini: Busana Muslimah: Betul VS Salah (sila klik!) […]
LikeLike