Bagaimana Menyambut `Eidul-Fitri?

Ucapan

Setelah sebulan menghadapi ujian, ketaatan dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan, ummat Islam kemudiannya akan merayakan hari yang mulia iaitu `Eidul-Fitri. Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan gembira dan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan kepada hamba-hambaNYA.

Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-Fitri?

1. Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman:

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu bertakbir membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah imam datang untuk memulakan solat sunat `Eidul-Fitri pada hari raya. Dituntut untuk menyaringkan suara ketika bertakbir. Wanita tidak dibenarkan menguatkan suara ketika bertakbir.

2. Mandi, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik yang Baginda miliki ketika Hari Raya. Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat dan Hari Raya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3. Makan dahulu sebelum solat `Eidul-Fitri.

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata yang maksudnya:

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam tidak keluar pada hari `Eidul-Fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)”

(HR al-Bukhari)

4. Berjalan kaki ke tempat solat.

Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma berkata yang maksudnya:

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam keluar untuk menunaikan solat sunat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.”

(HR Ibnu Majah. Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5. Wanita dan anak-anak ikut serta solat Raya.

Ummu `Atthiyyah radhiAllahu `anha berkata yang maksudnya:

“Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (iaitu `Eidul-Fitri dan `Eidul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin. Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

6. Mengerjakan solat `Eidul-Fitri.

Hukum mengerjakan solat `Eidul-Fitri ialah sunat muakkad. Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda biasa melakukan solat `Eidul-Fitri secara berjamaah di musolla iaitu suatu kawasan lapang yang khas (bukan di dalam masjid). Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam tidak pernah melakukan solat Hari Raya di masjid melainkan hanya sekali kerana hujan turun.

Walau bagaimanapun, jika masjid itu besar dan boleh menampung jumlah jamaah yang banyak, maka bolehlah dilakukan di dalam masjid.

7. Mendengar khutbah Hari Raya.

8. Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeza.

Apabila pulang dari solat `Eidul-Fitri, disunatkan kita menggunakan jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

9. Mengucapkan tahniah

Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat radhiAllahu `anhum saling memberikan ucapan:

“TaqabbalAllahu minna wa minkum” yang bermaksud “Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”

Lain-lain ucapan tertentu dan baik juga dibolehkan. Sebarang bentuk ucapan dibenarkan selagi ia tidak membawa kepada dosa.

muzir.wordpress.com

===

*Rujukan:

  • Feqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq
  • Fatwa Kemusykilan Solat, Ibnu Soleh al-Munajid, Ibnu Soleh al-`Uthaimin, Bin Baz

5 responses to “Bagaimana Menyambut `Eidul-Fitri?

  • raudhah

    salam ya ustaz … kalau kita masak macam2 bagi meraikan hari raya , apa hukumnya ?

    Like

  • Anonymous

    ustaz sy nak bertanya, sy ad pernah terbaca kt satu kitab ni pasal menziarahi kubur pd hari raya hukumnya berd0sa ..
    tp sebAik2nya hendaklah pd hari Jumaat ..
    sdgkn di msia tU dh jd mcm sAtu amalan stiap pg ry kan ustz ..
    s0 mcmane pLak tU ye ustaz??
    ana fil musykilah

    Like

  • nazurah

    salam ya ustaz
    sy nk bertanya
    sy ada pnh terbaca kt satu kitab ni pasal menziarahi kubur pd hari raya berd0sa hukumnya
    tp adalah lebih bAik menziarahI kubur pd hari Jumaat..
    sy musykil lah ustaz ,
    sedangkan kt msia pkra tu dah jd mcm satu tradisi kan ustaz ??
    yg tu mcmane plak eh ustaz,
    ana filmusykilah ya ustz ..

    Like

    • Shahmuzir

      wa’alaikumussalam. Tak berdosa menziarahi kubur pada Hari Raya. Cuma tak kena masa je. Hari Raya adalah untuk bergembira dan berziarah sesama saudara mara. Memang ziarah kubur pada Hari Raya sudah jadi tradisi. Kita yang generasi baru dan berilmu ni jangan terikut2 pula dengan tradisi yang amlannya tak tepat ini.

      Mengenai hari apa afdhal ziarah kubur, seingat saya Nabi sallAllahu ‘alihi wasallam mnziarahi kubur agak kerap terutama pada waktu malam, tanpa khusus hari apa. Tujuannya ialah tazkiyatun nafs, iaitu mendekatkan hati akan keinsafan dan mengingati mati.

      Kalau nak berdoa untuk ruh orang mati tak perlu ke kubur. Di mana2 pun boleh. Manfaat menziarahi kubur sangat banyak pada orang masih hidup macam kita ni. ALLAHU A’LAM.

      Like

Leave a comment