Berikut adalah jadual perbandingan aqidah antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dan Syiah yang disalin dari brochure yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
|
Ahli Sunnah Wal Jama`ah |
Syi`ah |
1 |
Al-Quran adalah terpelihara dan bebas dari penyelewengan dan kekurangan. |
Al-Quran yang ada sekarang terdapat kekurangan dan telah diseleweng. |
2 |
Beri`tiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang datang dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. |
Berpendapat bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan kepada apa yang diriwayatkan Ahli Bayt dengan riwayat-riwayat yang mencela para Sahabat Nabi dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya. |
3 |
Al-Quran diturunkan sepenuhnya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya. |
Beri`tiqad bahawa ada mushaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang dinamakan mushaf Fatimah. |
4 |
Sunnah Nabi adalah apa sahaja yang dating daripada Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam samada dalam bentuk percakapan, perbuatan atau pun taqrir. |
Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman ALLAH Ta`ala dan sabda Nabi. Meriwayatkan daripada Imam 12 sama seperti meriwayatkan hadith Nabi kerana Imam 12 dianggap maksum. |
5 |
Syariat Islam telah sempurna. |
Beri`tiqad bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam menyampaikan sebahagian syariat sahaja. Dan sebahagian lagi disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali. |
6 |
Menerima periwayatad dari para Sahabat radhiAllahu `anhum ajma`in kerana mereka adil dan thiqah (sangat dipercayai). |
Menolak periwayatan para Sahabat. Syiah beri`tiqad bahawa para Sahabat adalah penipu, contohnya Abu Hurairah. |
7 |
Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain. |
Tidak menerima kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah mereka. |
8 |
Berpegang kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ sebagai prisip asas kepada syariat Islam. |
Tidak percaya dengan Ijma` sama ada dari para Sahabat atau selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka. |
9 |
Tiada yang maksum melainkan Rasulullah, para ambiya’ dan Rasul-rasul terdahulu. |
Mereka beri`tiqad bahawa Imam-imam Syiah adalah maksum dan kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam-imam Syiah tidak akan berdosa samada sengaja atau tidak sengaja. |
10 |
Mukjizat yang dianugerahkan ALLAH kepada para Rasul dan Nabi-nabi adalah satu bukti tentang kebenaran. |
Mukjizat hanya untuk para Imam Syiah. Mereka mampu menghidupkan yang mati, menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi. |
11 |
Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan ALLAH. |
Para Imam Syiah mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab dari mereka akan ilmu-ilmu apa yang ada di langit, di bumi, di Syurga dan di Neraka. |
Brochure terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang dimaksudkan:
Ternyata daripada senarai di atas, perbezaan antara Ahli Sunnah wal Jama`ah dengan Syi`ah adalah dalam soal pokok agama iaitu dalam perkara aqidah. Dan perbezaan dalam soal aqidah tidak boleh kita pandang ringan dan remehkan. Ummat Islam mesti disedarkan bahawa Syi`ah adalah suatu aliran yang sesat dan jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Lain-lain penjelasan di blog ini mengenai kesesatan Syiah boleh dibaca di pautan berikut, in shaa’ ALLAH:
- Penjelasan JAKIM tentang fahaman Syiah – https://muzir.wordpress.com/2009/06/03/penjelasan-terhadap-fahaman-syiah-disediakan-jakim/
- Video Mudzakarah Ulama Membongkar Kesesatan Syiah – https://muzir.wordpress.com/2009/06/03/mudzakarah-ulama-membongkar-kesesatan-syiah/
- Video Dato’ Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah – https://muzir.wordpress.com/2009/06/01/dato-harun-taib-membongkar-hakikat-syiah/
- Pautan-pautan lain mengenai Syi`ah – https://muzir.wordpress.com/2010/12/19/beberapa-pautan-tentang-kesesatan-syiah/
Semoga kita semua dikurniakan ALLAH Ta`ala akan hidayah dan taufiqNYA, amin…
June 19th, 2013 at 5:04 PM
[…] Perbandingan utama antara Ahli Sunnah wa al-Jama`ah: – https://muzir.wordpress.com/2013/05/23/perbandingan-aqidah-aswj-syiah/ […]
LikeLike