OVERIDING COMMISION: Adakah menepati syariah?

Ustadz Zaharuddin ada menulis tentang OVERIDING COMMISION di dalam webnya di sini.

Saya ada memberi komen di dalam ruangan komen seperti berikut:

Assalamu’alaikum… 
 
Alhamdulillah, terima kasih ustadz atas keprihatinan ustadz ttg upah yang para ejen perolehi, terutama oleh para pengurus yg menikmati overiding. 
 
Saya harap ia telah disemak oleh panel pengawasan syariah syarikat takaful, kerana saya secara peribadi pernah juga mempersoalkan perkara ini. 
 
1. 
Apa yg saya nampak, pemberian overiding ini adalah berdasarkan sales kumpulan. Setiap ejen di dlm kumpulan ejensi yang membuat sales, upahnya diberi oleh pihak takaful. Setiap sales ejen dikongsi sbg contoh ejen yg buat sales dapat 10%, dan pengurusnya mendapat 2%. Ini adalah pemberian syarikat kpd pengurus2 atas komitmen mereka menjaga hal-ehwal ejen2 mereka. 
 
Pada saya ia nampak OK, jika kedua2 ejen dan pengurus terlibat secara langsung dengan sales tersebut. Tetapi, bagi pengurus yang tidak terlibat secara langsung, bagaimana dia boleh memperolehi overiding itu pula. Apatah lagi jika pengurus itu pula tak pernah ambil kisah hal-ehwal anak buahnya… 
 
2. 
Berkenaan overiding berkali2 pula, saya nampak ia lebih kepada praktis umum dan kontrak antara syarikat dengan pihak ejensi. Maknanya selagi ejen dibayar upah oleh syarikat takaful disebabkan oleh sales tersebut, selagi itulah upah turut dibayar kpd pengurus ejensi. 
 
Apa komen ustadz? OK ke macam tu?  
Sure ruangan yg sempit ni tak sesuai utk diperhalusi, kan… 
 
Perbincangan berkenaan hal ini wajar diambil perhatian oleh pihak2 berkaitan bagi memastikan upah yg mereka terima bukan 95%, bukan 97%, bukan 99% suci. Tapi 100% suci dan berkat, kerana mereka telah pun berusaha memperkembangkan muamalah Islami dengan sungguh2. 
 
InsyaALLAH ustadz, saya akan cuba ajukan persoalan ini kepada pihak syarikat yg saya wakili. 
 
SHAHMUZIR NORDZAHIR 
http://www.takafulonline.net

Saya telah menghantar emel kepada Takaful IKHLAS Sdn Bhd untuk meminta penjelasan lanjut.  Takaful IKHLAS Sdn Bhd melalui Jabatan Pematuhan Syariahnya telah menjawab seperti berikut:

 

Assalamualaikum.

“Komisyen adalah salah satu daripada bentuk upah ke atas sesuatu kerja yang dilakukan. Dalam konteks TISB komisyen adalah datangnya daripada aplikasi kontrak Wakalah (samada upah kepada TISB atau kepada ajen). Upah atau komisyen dalam kontrak Wakalah adalah suatu yang diharuskan oleh Syara’. Rasulullah s.a.w. pernah mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah (al-Talkhis al-Habir, Jil. 1, hlm. 176, 251, 271). Sebagai wakil yang dibayar upah,beliau hendaklah melaksanakan tugas yang diberikan tersebut dengan baik dan tidak mengabaikannya.

Dalam Islam upah dibayar sebagai balasan kepada kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan dan Rasulullah s.a.w sangat memusuhi sesiapa yang tidak membayar upah kepada pekerjanya apabila dia telah menyiapkan kerja yang telah diamanahkan,sabda baginda,maksudnya ” Daripada Abi Hurairah r.a daripada nabi s.a.w baginda bersabda “Aku memusuhi tiga golongan pada hari Qiamat…..seorang lelaki yang mengupah seseorang melakukan kerja dan tiada tidak membayar upahnya” (HR.Bukhari Bab Ijarah “Kesalahan Tidak Membayar Upah Pekerja”).

Dalam konteks TISB seseorang ejen mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dia laksanakan dan diatas tugas dan tanggungjawab tersebut TISB akan membayar komisyen(upah) yang setimpal dengan kerja yang dilaksanakan. Cara pengiraan komisyen seperti yang digunakan oleh TISB adalah berdasarkan peratusan tertentu dan ianya telah ditentukan daripada awal. Namun dalam Islam komisyen/upah boleh ditentukan daripada awal atau jika tidak ditentukan maka boleh mengikut apa yang dipraktikkan industri (Dr.Wahbah Al Zuhaili,Al Fiqh Al Islamiy Wa Adillatuh).

“Overriding commission” hakikatnya adalah sama dengan upah seperti yang dibincang diatas.Definisi “Overriding commission” seperti yang Ust.Zaharuddin sebut dalam artikelnya adalah lebih kepada kaedah bagaimana “overriding” itu dikira. Dalam hal ini untuk memastikan pembayaran “overriding” itu mematuhi Syariah atau tidak ia perlu dilihat apakah asas atau kenapa AM atau UM itu berhak untuk mendapatkan “overriding commission”. Seperti yang dijelaskan di atas dalam Islam, seseorang itu berhak mendapat upah apabila ada kerja atau tanggungjawab yang perlu dia tunaikan atau laksanakan. Dalam konteks ini AM dan UM seperti yang termaktub dalam kontrak mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang jelas yang perlu ditunaikan oleh mereka seperti perancangan, latihan, bimbingan dan sebagainya. Pendek kata mereka bertanggungjawab memastikan ajensi mereka berjalan lancar dan mencapai prestasi yang baik dalam semua aspek. Mereka bertanggungjawab secara terus keatas semua yang bernaung di dalam ejensinya. Dan mereka berupa satu entiti yang saling mengenali dan boleh berhubung diantara satu sama lain. Tidak timbul menzalimi mana-mana pihak dalam hal ini. Ini kerana “Overriding commission” yang dinikmati oleh AM dan UM bukannya diambil daripada bahagian komisyen ajen tetapi ia adalah tambahan kepada komisyen tersebut. Sebagai contoh secara total komisyen yang TISB bayar termasuk “Overriding commission” ialah untuk tahun pertama sebanyak 55% (35% ajen, 13% OR UM dan 7% OR AM).

Hal ini berbeza sama sekali dengan sistem MLM. Dimana ‘uplines’ adakalanya tidak mengenali langsung ‘downlines’nya dan tiada sebarang bentuk tugas dan tangungjawab secara langsung yang dimainkan oleh mereka.

Untuk makluman,hal ini telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Syariah sendiri samada di peringkat pengendali takaful mahupun diperingkat pihak BNM.”

Wan Jemizan Wan Deraman
AVP,Shariah Compliance Department
Bangunan Takaful Ikhlas
No. 14 Jalan 19/1
47300 Petaling Jaya
tel: 03-7801 1425
fax:03-7955 7868

Jawapan tersebut telah saya panjangkan kepada Ustadz Zaharuddin dan mendapat jawapan yang hikmah dari beliau, alhamdulillah.

Salam
 
akhi Shahmuzir,
 
Berkenaan jawapan Takaful Ikhlas, jwpn tersebut telah ana terima beberpa bulan lepas dan saya bersyukur majlis syariah telah membincangkannya dengan teliti. Justeru, apa yang penting ijtihad telah dilakukan dan ejen2 takaful ikhlas tidak perlu risau lagi.
 
Adapun bagi pihak saya secara peribadi jawapan tersebut masih samar-samar dan tidak kukuh, namun saya merasakan adalah baik untuk saya tidak mengulas lanjut, menolak atau membantah pandangan tersebut secara terangan dgn lagi hujjah (buat masa ini) kerana priority saya di ketika ini adalah memerangi insuran konvensional dan bank konvensional. Yang dah sedia Islam seperti TISB dan mereka dah bincang bincang pula di majlis syariah…boleh teruskan dan tidak dinafikan akan ada perbezaaan pendapat, tarjih dan keputusan syariah antara seorang ilmuan dengan yang lain, ia adalah perkembangan sihat dan normal, malah ia juga berlaku dengan agak banyak di antara bank-bank Islam.
Sekian dan best regards.
 
Uzar
www.zaharuddin.net


Alhamdulillah :D


2 responses to “OVERIDING COMMISION: Adakah menepati syariah?

  • saifudin

    salam. syukran. maklumat yg bermanfaat. ketika saya bertemu dengan ustaz wan jemizan baru2 ini dalam mesyuarat MTA beliau ada juga berbicara tentang hal ini. Apa pun bagi saya isu ini telah jelas hukumnya namun masih ada beberapa aspek berkaitan perlu dilihat kembali pelaksanaannya. wallahua’lam

    Like

  • shahmuzir

    wa’alaikumussalam warahmatullah…

    Terima kasih kerana sudi melawat :) .

    Ya, praktis di syarikat Takaful telah disemak oleh Panel Pengawasan Syariah dan Jabatan Pematuhan Syariah masing2. Malah, ia pastinya telah disemak teliti oleh Panel Pengawasan Syariah yang dilantik Bank Negara Malaysia.

    So, tak perlulah kita risau. Selagi ia dari syarikat Takaful, dan bukan syarikat insurans konvensional, kita boleh berasa lega dan selamat.

    Cuma, apa yang Ustadz Zaharuddin bangkitkan adalah dalam memperhalusi praktis2 tersebut utk penambahbaikan. Mesej itu jelas dalam emailnya.

    Ukhwah fillah :)
    Sekian, terima kasih.

    Like

Leave a comment