Jawapan BIMB berkaitan dakwaan pelanggannya diugut

Saya ada menerima email dari seorang sahabat yang meminta penjelasan dan pencerahan tentang satu email yang dipanjangkan kepada beliau.  Sila lihat bahagian komen untuk membaca kandungan email tersebut.

Saya telah menasihati sahabat saya itu agar tidak menghebahkannya kepada orang lain, kerana kita perlu memeriksa tentang kesahihan sesuatu berita sebelum kita mahu mempercayainya, apatah lagi jika kita mahu menghebahkannya.  Hatta, jika benar pun sewajarnya kita melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan secara dalaman.  Berita2 tak baik seumpama di atas bakal merugikan ummat ISLAM, apatah lagi jika ia dikaitkan dengan nama ‘ISLAM’.

Saya telah menghantar email ke BIMB untuk mendapat penjelasan lanjut.  Dan alhamdulillah, mereka dengan segera telah menjawabnya.  Berikut adalah email dari BIMB: 

—– Forwarded Message —-
From: callcenter <callcenter@bankislam.com.my>
To: “shahmuzir@yahoo.com” <shahmuzir@yahoo.com>
Sent: Monday, December 15, 2008 2:20:28 PM
Subject: Fw: Bank Islam Malaysia Berhad = Bank ALONG Malaysia Berhad (kindlycirculate) [ConversationID: da47d8ad-1a7e-4cc5-b015-d3c4c680abe4]

Assalamualaikum En Shahmuzir,

Sila rujuk lampiran untuk maklumbalas dari Bank Islam.
Diharapkan ini menjelaskan pendirian dan pendekatan Bank Islam dalam perkara berkait.

Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian kami.  

Sokongan berterusan Tuan amat kami hargai.

Terima Kasih & Wasalam.
 
Siti Aishah Binti Abdul Rahim
Bank Islam Customer Care

Lampiran (sila klik):  editor-bh-nur-haslinda-mohd-nasir1


3 responses to “Jawapan BIMB berkaitan dakwaan pelanggannya diugut

  • shahmuzir

    Berikut adalah kandungan email tersebut:

    PANGGILAN PEGAWAI BANK ISLAM YANG BERUNSUR UGUTAN

    Saya ingin menarik perhatian pihak pembaca sekalian tentang Bank Islam Malaysia Berhad yang pada hakikat sebenarnya samalah seperti Bank ALONG Malaysia Berhad. Saya berharap kejadian yang menimpa keluarga saya akan menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia dan dunia agar tidak melanggan Credit Card Bank Islam yang sedang hangat di pasaran sekarang. Kejadian ini berlaku pada 4 Disember 2008 apabila keluarga saya dikampung menerima panggilan dari pegawai Bank Islam yang berunsurkan ugutan yang mengakibatkan bapa saya masuk wad kerana terkejut dan diserang darah tinggi.

    Saya merupakan salah seorang pemegang kad Bank Islam yang mengalami masalah kewangan (default payment) dan saya telah membatalkan kad tersebut sejak dua bulan yang lalu. Walaupun saya mempunyai masalah kewangan, saya cuba sedaya upaya untuk membayar hutang kad saya dengan jumlah yang kecil, tetapi setiap hari saya menerima panggilan telefon dari pihak Bank Islam tidak kurang dari 30 kali dan sms melebihi 40 kali bermula dari seawal jam 8 pagi sehingga jam 12 malam. Semua kakitangan Bank Islam yang menelefon saya tidak pernah bersikap mesra malah memaksa saya untuk membayar walaupun berkali-kali saya jelaskan saya mempunyai masalah kewangan. Saya telah memohon bantuan dari pihak AKPK seperti yang disarankan di dalam setiap surat yang dikirimkan oleh pihak Bank Islam tetapi sayangnya pihak Bank Islam berkata mereka tidak akan melayan permohonan bayaran melalui AKPK.Saya telah menghantar sepucuk surat kepada Bank Islam berhubung dengan dengan isu AKPK ini.

    Kemuncak kepada masalah ini apabila pihak bank menyelongkar semua maklumat diri saya melalui Pejabat Pendaftaran Negara dan bertindak menghubungi ibu saya yang menetap dia kampung. Pihak Bank Islam telah memberitahu ibu saya masalah hutang tersebut dan telah mengugut ibu saya bahawa rumah kami di kampung akan disita dan semua barang-barang dalam rumah akan dilelong. Mereka juga akan menghantar surat kepada ibu saya berhubung masalah hutang ini. Berita ini amat mengejutkan ibu bapa saya dan mengakibatkan bapa saya sakit.

    Ibu saya menghubungi saya dalam keadaan risau dan menangis kerana kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya. Saya merasa terkejut kerana sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah menyertakan no telefon ibu bapa saya mahupun alamat mereka. Saya bertindak begitu kerana merasakan bahawa masalah saya patut ditanggung oleh diri saya sendiri. Saya benar-benar terkilan dengan tindakan pegawai Bank Islam yang berusaha keras untuk mendapat bayaran yang berjumlah RM5000 dan menyamakan jumlah pinjaman RM5000 tersebut dengan nilai sebuah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Malah saya juga pelik kenapa ibu bapa dan adik beradik saya diheret dalam kemelut ini memandangkan saya sudah berkahwin dan tidak menetap dengan ibu bapa saya lagi. Pihak Bank Islam HQ telah menghubungi Bank Islam di kampung saya dan meminta mereka menyerahkan penyata kad kredit saya kepada ibu bapa saya. Tindakan Bank Islam tidak ubah seperti ALONG yang kejam dan mencekik darah. Ibu saya turut menyatakan bahawa pihak Bank Islam menerima pembayaran yang saya lakukan setiap bulan tetapi jumlah itu terlalu kecil oleh sebab itu mereka ingin bertindak untuk menyita dan melelong barang-barang di rumah ibu bapa saya.

    Jika ALONG di Malaysia akan mencari peminjam hingga ke lubang cacing dan membunuh mereka, tindakan Bank Islam juga tidak ada kurangnya. Saya menjadi amat tertekan dan ketakutan setiap kali saya menerima panggilan dari Bank Islam yang tidak kurang dari 30 kali sekali seawal jam 8 pagi hingga 12 malam dan sms yang dikirimkan bertubi-tubi sehingga inbox penuh. Itu lah MENTAL TREATMENT yang saya lalui setiap hari sepanjang 2 bulan ini. Kini Bank Islam bertindak dengan lebih agresif apabila mencari dan menghubungi sanak saudara yang tidak terlibat dalam permasalahan dan perjanjian dengan Bank Islam. Adakah selepas ini Bank Islam akan datang mengetuk pintu-pintu rumah, menyimbah cat dan men ger tak secara berdepan? Adakah ini cara Islam sebenarnya? Inikah kemanusiaan Bank Islam Malaysia Berhad?

    Beginikah cara layanan yang wajar diterima oleh seorang Islam oleh sebuah bank yang menggunakan agama Islam sebagai pemangkin? Adakah ugutan dan desakan begini yang disarankan dalam Islam walaupun saya mengalami masalah kewangan? Jika benarlah pihak Bank Islam menjalankan perniagaan berasaskan Al-Quran dan Sunnah, maka mereka tidak akan terlepas pandang dengan ayat 280 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud, ” Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui’. Adakah begitu sukar bagi pihak Bank Islam untuk bersabar kerana keseluruhan rakyat Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi dan saya juga tidak terlepas dari bahana itu, jika saya benar-benar ingin melarikan diri saya tidak akan berikhtiar untuk menjelaskan hutang tersebut setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil. Malah saya bekerja sambilan untuk memastikan wang belanja saya cukup dan saya dapat juga membayar hutang saya walaupun dengan jumlah yang kecil.

    Satu lagi isu yang menjadi kemusykilan saya, adakah AKPK itu satu pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh Bank Islam sehingga rakyat Malaysia tidak layak menggunakan mereka sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah kredit seperti yang diwarwarkan di dada akhbar dan kaca TV. Saya juga berhubung dengan bank-bank konvensional yang terdapat di Malaysia tetapi layanan yang diberikan tidaklah seburuk dan sebiadap Bank Islam.

    Bersama ini saya sertakan nombor-nombor telefon yang telah menghubungi saya dan mengsms saya seawal jam 8 pagi sehingga 12 malam, 03-78739409, 0378742761, 0378747508, 0378747517, 0378742769, 0378742761.0378730119, 0378730120, 0192157573, 0169959589, dan 0129046824.

    Jazzakallahu Khairan Kathira/Thank you.

    Wassalam

    Like

  • cheharun

    Saudara shahmuzir, bila balik trg nanti harap saya dapat jumpa dengan tuan hamba kerana isu di atas ini ada relevennya.

    Like

  • shahmuzir

    Saudara Che Harun, saya sudah ke laman blog saudara dan saya turut berasa simpati akan masalah yang dihadapi oleh saudara.

    Setelah membaca beberapa posting di laman blog saudara, saya faham saudara seorang yang jujur dan sentiasa cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mudah2an ALLAH memberikan jalan keluar kepada masalah yang membelenggu saudara sekeluarga, amin.

    Apa yang boleh saya nasihatkan ialah saudara cubalah berjumpa dengan pegawai bank dan jelaskan butiran serta masalahnya. InsyaALLAH, mereka akan cuba untuk memahami. Dan mungkin persetujuan antara saudara dan pihak bank dapat dibuat secara bersama tentang cara bagaimana untuk diselesaikan masalah tersebut.

    Berbanding melalui panggilan telefon atau surat, berjumpa lebih menampakkan kesungguhan kita dan komunikasi sesama saudara dan bank dapat dilakukan dengan lebih sifat kemanusiaan.

    Sekadar cadangan.
    wAllahu Ta’ala A’lam.

    Like

Leave a comment