Telefon Berdering Ketika Solat

 

deringan-telefon-waktu-solat

“Tanya sama pokok, apa sebab goyang…Nanti jawab pokok, angin yang goncang…Tanya sama angin, apa sebab goncang…Nanti kata angin, tanyalah awan…”

Tiba-tiba, lagu P.Ramlee (agaknyalah) yang dinyanyikan oleh seorang perempuan seperti kisah2 lama di dalam TV berkumandang di tengah-tengah saf solat Maghrib.  Bunyinya lucu juga.  Berkali-kali ia berbunyi,  2-3 round.

Pastinya deringan telefon tersebut mengganggu lain-lain ahli jemaah yang sedang berkomunikasi dengan ALLAH di dalam solat.  Kekusyukan mereka terganggu.  Dan pastinya juga pemilik telefon bimbit tersebut berasa resah dan malu atas kecuaian beliau tidak mematikan telefon bimbit sebelum memulakan solat.

Tidak sepatutnya deringan telefon berbunyi sewaktu seseorang sedang solat.  Apatah lagi sedang bersolat berjemaah.  Deringan kosong sahaja sudah menyakitkan telinga, inikan pula muzik dan nyanyian. 

Sepatutnya pemilik telefon sudah mematikan telefon beliau, ataupun membuatkan telefon tersebut dalam ‘silent mood’ atau ‘vibrate mood’.  Sebaik-baiknya OFF terus.  Sebab kadang-kadang, jika telefon bimbit bergetar, ia akan mendatangkan perasaan resah kepada seseorang yang sedang solat.  Lantas mengganggu tumpuan dalam bersolat.  Walhal, kekhusyukan di dalam solat adalah suatu yang dituntut kepada kita.

Firman ALLAH:

“Peliharalah segala solat (mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk.”  Surah al-Baqarah : 238.

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya.”  Surah al-Mukminun : 1-2

Justeru, amat penting untuk kita mendapatkan kusyuk dalam solat.  Jadi berhati-hatilah agar kita tidak menyebabkan orang lain hilang fokus dan khusyuk di dalam solat.

Jika berlaku seperti perkara di atas kepada diri kita, apakah yang perlu kita buat?  Adakah membiarkan deringan itu terus berbunyi?  Atau bagaimana?  Bolehkah kita melakukan pergerakan untuk mematikan telefon bimbit tersebut?

Apabila ditanya soalan yang sama, panel feqh al-Ahkam.net telah menjawab seperti berikut:

Didalam solat, ia bukanlah sesuatu yang rigid sehingga tidak membenarkan pergerakan langsung. Syarat yang paling penting adalah pergerakan tersebut tidak memesungkan seseorang itu dari kiblat (qiblah).

Nabi s.a.w sendiri pernah mengimami solat (menurut riwayat Muslim) didalam masjid sambil mendokong cucunya Umaamah. Apabila baginda ruku’, dia akan meletakkan cucunya dibawah, dan apa bila baginda bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. Hadith ini diriwayatkan oleh Malik 1/170, al-Bukhari, 1/487, Muslim #543, Abu Daud #917 – 920.

Malah, baginda semasa bersolat sunat dirumah pernah membuka pintu rumah untuk A’isyah ra. masuk. Berkata A’isyah ra :-

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي في البيت والباب عليه مغلق فجئت فمشى حتى فتح لي ثم رجع إلى مقامه ووصفت أن الباب في القبلة

“Rasulullah s.a.w sedang bersolat didalam rumahnya dengan pintu tertutup. Aku datang (berhampiran pintu) dan baginda bergerak dan membuka pintu untukku, kemudian dia pergi ketempatnya kembali. A’isyah ra. mensifatkan bahawa pintu itu mengadap kiblat” [Hadith Riwayat Ahmad 6/31, Abu Daud #922, al-Nassa’i 1/178 al-Tirmudzi 2/497].

Pergerakan Nabi s.a.w ini menunjukkan pergerakan yang mempunyai keperluan. Mematikan handphone juga merupakan pergerakkan, malah dikalangan para ilmuan terkini mewajibkan talipon tersebut dipadam, kerana ia akan mengganggu solat berjemaah. [Abdul Rahman Mohammed, Pelik tapi benar dalam solat, ms 74].

Abu Sa’ed al-Khudri ra berkata : Rasulullah s.a.w apabila baginda pergi ke masjid untuk beriktikaf, dan baginda mendengar al-Quran dibaca secara kuat, baginda berkata : Setiap kamu bercakap secara rahsia dengan Allah, maka janganlah mengganggu yang lain atau meninggikan suara melebihi orang lain apabila membaca al-Quran – atau baginda berkata, apabila bersolat” [Hadith Riwayat Abu Daud #1332].

Bacaan al-Quran secara kuat juga ditegah oleh Nabi s.a.w  jika ia mengganggu jemaah yang lain, inikan pula bunyi handphone, ditambah dengan bunyi-bunyi musik. WA.

Berikut saya lampirkan penerangan ringkas berkenaan bagaimana untuk mematikan telefon bimbit ketika di dalam solat:

ccf29032009_00000

Semoga tulisan ini dapat dimanfaatkan, insyaALLAH. 

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
29 Mac 2009


11 responses to “Telefon Berdering Ketika Solat

  • Mohd Fadli Adha

    Kalau tgh berdiri tapi hp kat bawah camna ye?

    Like

  • shahmuzir

    Terima kasih krn sudi mengunjungi.

    Kalau boleh guna kaki utk senyapkan, silakan. Ataupun, tunggu sampai posisi solat utk bersujud utk mengambil/mengawal handphone tu.

    wAllahu ta’ala a’lam.

    Like

  • Mohd Fadli Adha

    tq…tq

    Like

  • azhar

    kalau berdiri tengah solat tiba2 hp bunyi, masa tu pula hphone ada kat pinggang batalkanlah solat tu jika menggangu dengan deringan yang kuat, islam itu mudah dan tidak mengapa kalau anda berada di tengah2 saf batalkan solat dengan menutup deringan hphone yang menganggu kekusyukan jemaah2 di sekeliling anda.
    Wallahhu ‘alam.

    Like

  • shahmuzir

    Azhar, tak perlu batalkan solat. ISLAM ni mudah. Syariat membenarkan beberapa pergerakan di dalam solat, dan ia dicontohi dari apa yang telah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lakukan.

    wAllahu ta’ala a’lam.

    Like

  • TEGOR

    Yaaa bolehlah dan baik mematikan hp sebelum sholat.
    Tapi mematikan hp kita karena ingin melakukan sholat, hati juga terganggu dan was-was jangan -jangan ada tilphone yang sangat penting masuk?????.
    Pada jaman sekarang kita memang banyak dibuat tidak dapat tenang dengan kemajuan jaman ini baik ketika di dalam sholat mapun dalam keadaan biasa.
    Sebenarnya pada jaman dahulu kalau hanya msalah kondisi tidak tenang, was-as pun bisa-bisa saja dan gampang-ampang saja. Tak bersebabpun bisa kita tidak bisa tenang dan was-was apa lagi bagi yang kurang bisa ber konseentrasi alias sholatnya tidak khusuk
    Sialhkan saja dan baik hp di
    dimatikan jika akan sholat tapi sebaiknya kita tidak memarahi orang yang hpnyya bunyi waktu ketika sedang sholat sebab tergangu tidaknya sholat kita tersebut sebenarnya tergantung kemampuan tingkat kekusukan kita juga.

    Like

  • shahmuzir

    Betul tu TEGOR. Zaman kini cabarannya lebih besar. Dan memerlukan usaha yang berganda-ganda untuk menghadapinya.

    Dalam kes khusyuk, memang susah nak khusyuk. Perasaan dan fikiran kita sentiasa dihambat dengan pelbagai masalah dan situasi harian.

    Mudah2an ALLAH menerima amal ibadah kita semua, amin…

    Like

  • shahmuzir

    Alhamdulillah, hari ni saya terjumpa artikel oleh Ust Zaharuddin berkenaan tajuk di atas:

    http://www.zaharuddin.net/content/view/309/90/

    Like

  • ishaq2 sina sina

    sekarang saya dah tau! time kasih ustaz

    Like

  • wanie

    owwwhhh..mcm tuu..kdg2 tLupe jgan nk siLent..bru tau skrg mcm mne care nye..trime kasih..moh0n dshare yea..

    Like

Leave a comment