“Cinta”. Perkataan yang biasa kita dengar dan ungkapkan. Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.
Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak. Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga. Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu. Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair. Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta. Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya. Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.
Itulah cinta. Ia fitrah. Dan ia juga boleh menjadi fitnah. Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia. Dan ia bisa juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.
Sudah lama kita menjalani kehidupan ini. Dan sudah banyak kali perkataan ‘cinta’ kita ungkapkan dan luahkan. Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah. Muhasabah tentang cinta. Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? Di tempat yang sepatutnyakah? Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?
1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا
يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain ALLAH; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai ALLAH. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH...”
(Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165)
2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ
كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ
اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari ALLAH dan Rasul-NYA dan dari berjihad di jalan-NYA, maka tunggulah sampai ALLAH mendatangkan keputusan-NYA.” Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24)
Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah. Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluq, nah mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya. Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu. Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya. Ia mesti dibuktikan!
ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ
اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah ke-3, ali-Imran: ayat ke-31)
Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah suatu yang dituntut agama.
Muslimin-muslimat sekalian,
Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Ya, cinta kepada makhluq pasti mengundang kekecewaan.
Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.
Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai ALLAH dan Rasul-NYA daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena ALLAH, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah ALLAH menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.”
(Sahih Muslim No.60)
Semoga tulisan yang ringkas ini bisa mencetus rasa ingin memperbaiki rasa cinta kepadaNYA. Mudah-mudahn kita semua tergolong di dalam kumpulan manusia yang meletakkan dambaan cinta dan redha ALLAH sebagai yang utama, amin…
WAllahu A’lam.
SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
24 NOVEMBER 2009
**Baca juga:
November 24th, 2009 at 2:06 PM
peringatan baru ;)
LikeLike
November 30th, 2009 at 11:50 PM
salam terjah bang. long time xbertandang sini. semoga sihat selalu.
LikeLike
November 30th, 2009 at 11:57 PM
oppocot!!
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Terkejut abg, hehe :D . Ye, dah lama kita tak jumpa. Harap2 Hakim juga sihat2 selalu…
LikeLike
December 3rd, 2009 at 12:58 PM
salam alaik…
sangat manfaat..
tahniah….
syukran..
LikeLike
December 3rd, 2009 at 6:33 PM
wa’alaikumussalam warahmatullah…
Mudah2an ada nilainya di sisi ALLAh…
LikeLike
June 5th, 2010 at 1:58 PM
sekiranya cinta kita kpd Allah dan rasul sempurna,insyaAllah kita akn temui cinta yg akn membawa kita ke syurga..
LikeLike
October 5th, 2010 at 12:52 PM
Memohon izin untuk perkongsian post di atas
di dalam memorial blog saya ^_^
Semoga ingatan ni sentiasa berlegar-legar dalam kotak minda saya,
Istiqomah.., insya-Allah
LikeLike
October 14th, 2010 at 10:13 AM
Silakan Wan Siti. Kongsilah dgn semua…
LikeLike
October 15th, 2010 at 7:38 PM
ASSALAMUALAIKUM.tq ustaz
LikeLike
May 23rd, 2011 at 10:34 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah :)
LikeLike
January 14th, 2011 at 6:43 PM
assalamualaikum..sgt manfaat ustaz….
saye mintak izin nk share …..ye..
LikeLike
May 23rd, 2011 at 10:33 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Ya, silakan share…
LikeLike
April 17th, 2011 at 3:43 PM
[…] https://muzir.wordpress.com/2009/11/24/muhasabah-cinta/ […]
LikeLike
May 21st, 2011 at 6:54 AM
Assalamualaikum ustaz, mohon share di blog dan fb ye? :)
LikeLike
May 21st, 2011 at 2:00 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Silakan :)
LikeLike
December 5th, 2012 at 2:37 PM
minta izin nak copy boleh ?
LikeLike
December 5th, 2012 at 6:53 PM
Amat dialu-alukan. Silakan… :)
LikeLike