Asam dicampur ARAK, dicop HALAL Malaysia?

Astaghfirullah, terkejut saya apabila memandang bahan yang digunakan oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan asam.  Tertera perkataan “LIQUO.” pada peknya.  Liquor adalah arak.  Tetapi perkataan “Liquo.” tidak pula diketahui maksudnya.  Saya syak ia singkatan dari perkataan LIQUOR.

Yang peliknya, ada pengesahan HALAL oleh JAKIM pada pek tersebut!!!

Saya membelinya di stesen Petronas R&R Gambang, Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Barat pada 30/12/2009 jam 4 petang.  Sila lihat gambar: 

Antara bahan2nya ialah Liquo. Dan terdapat logo Halal Jakim pada peknya!

Saya sudah menghantar emel aduan kepada ehalal@islam.gov.my dan kepada PPIM berkenaan hal ini supaya mereka dapat menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan.

Semoga kita semua dipelihara ALLAH daripada mengambil makanan/minuman yang haram dan dijauhkan kita semua daripada api neraka, amin.

WAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
3 Januari 2010


9 responses to “Asam dicampur ARAK, dicop HALAL Malaysia?

  • joe

    cuba check dulu maksud liquorice..

    Like

  • isz

    alhamdulillah…rasenya saya da dapat jawapan bout asam strawberry yang membuatkn saya was2 utk memakannye. ingridient tertulis liquorice…saya budget arak..bile cek kt ternet rupanye ia sejenis tumbuhan atau dipanggil akar manis. insya’allah selamat, boleh makan

    Like

  • Umat rasulullullah

    Assalamualaikum sdr shahmuzir,……sbg umat Islam yg brsaudara saya amat bersetuju dgn cdgn en Joe supaya setiap persoalan dibuat kajian terperinci sblm dipos dlm internet kerana yg akan membaca juga adalah umat selain Islam. Secara tak langsung akan memberikan gambaran samada dalam atau ceteknya tindakan atau pemikiran umat Islam di mata mereka….’liquorice’ memang telah diketahui umum sbg sejenis herba……saya hrp komen ini membina utk sdr dan sy sbg umat yg amat mencintai Islam dn ingin menegakkan imej Islam..ampun dn maaf sekiranya terkasar bahasa dan yg baik hanyalah dari Allah insyaAllah…..

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Terima kasih kerana sudi memberi komen dan nasihat. Saya suka.

      Cuba baca balik kat pek tu. Dia tulis apa? Dia tulis “liquorice” ke?

      Tak kan? Tertulis kat pek tu “liquo.” Perkataan “liquo” pada pek itu boleh jadi “liquor” atau “liquorice”. Jadi rasa syak ini munasabah. Ia munasabah.

      Kita sebagai mukmin diajar apabila timbul rasa syak atau syubhah, maka kita hendaklah tinggalkan terus. Apatah lagi hidup dalam dunia mutakhir ini yang telah jelas dilaporkan banyak oleh persatuan2 pengguna tentang syubhah makanan2 yang diproses.

      Saya juga ada mendengar beberapa praktis masakan di hotel2 yang memasukkan liquor bagi menyedapkan makanan. Pernah dengar?

      Saya adalah orang yang membaca label ketika ingin membeli makanan dalam pek. Walaupun tanda halal JAKIM memang boleh dipercayai, namun sikap berhati2 saya dan keluarga adalah tambahan buat saya.

      Sekian penjelasan ringkas saya. Peace :)

      Like

      • Hamba Allah

        Salam..saya baru terbaca isu ini..hehe..mungkin encik dah jumpa jawapan isu ini…:):)

        LIQUO xsmestinye brmksud liquor.. mngkin brmksud liquid..cecair.. stahu sy liquo ni adalah air alkali mineral @ ionized alkali water..kalau x slap sy la..

        Sy brkerja dlam industri makanan.. terutama pnsijilan halal..InsyaAllah tanda halal jakim boleh dipercayai..kalau ragu2 ( mungkin ada pihak xbertanggungjawab menggunakan logo halal pada pack) en boleh semak status halal company tersbut melalui lmn web jakim..

        Semoga kita semua selamat daripada makan makanan syubhah dan haram.. Sy harap st dpt mmbantu mslh en walaupun slps slps 6 tahun baru dpt balas😅😅😅

        Like

  • Anonymous

    Liquo ni maksudnya herbal nama licorice.. bukan liquo arak tu. Insylh Jakim takan bg tanda halal kalau tak halal.

    Like

Leave a comment