Tag Archives: nik aziz

Kematian Osama: Apa Respon TGNA Dan DS Najib?

Kematian Usaamah Ibn Ladin atau lebih dikenali di media antarabangsa sebagai Osama ben Laden telah digembar-gemburkan secara meluas.  Terpapar wajah kegembiraan di dada-dada akhbar terutama dari kalangan rakyat Amerika Syarikat.  Bagi mereka, mimpi ngeri yang dimomokkan kepada mereka selama ini bakal ternyah dari kehidupan seharian mereka.

Apapun, bagi saya berita ini tidaklah memeranjatkan saya.  Kerana Amerika Syarikat terkenal sejak dahulu lagi sebagai PENIPU BESAR DUNIA.  Jadi, berita ini tidak mudah untuk saya telan begitu sahaja.  Apatah lagi, kewujudan Osama ben Laden yang selalu dicanang sebagai ‘mastermind’ keganasan dunia masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini.  Macam-macam teori telah saya dengar.  Kemusykilan ini semakin nyata dengan tersebarnya gambar yang didakwa sebagai wajah Osama ben Laden yang dikatakan mati akibat tembakan di kepala.  Apabila dilihat gambar yang dimaksudkan, seakan semakin terserlah sifat PENIPU BESAR DUNIA itu.

Gambar ini tersebar luas di internet

Apa respon pemimpin-pemimpin di negara kita?  Saya berminat untuk meletakkan dua respon pemimpin untuk dijadikan renungan buat kita semua.  Dari kedua-dua respon ini, kita dapat lihat dasar dan sudut pandang jauh seseorang pemimpin tersebut.  Nah, sila baca dan nilaikan: Continue reading


Ibadat Haji: Bayangan Perjalanan Menuju Kematian – Oleh TGNA

Perutusan Bulan Haji

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberi peluang kepada kita semua bertemu kali ini, di bulan Zulhijjah merupakan musim umat Islam menyempurnakan ibadat Haji, rukun Islam kelima. Pertemuan di bulan ini dirasai amat istimewa, lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang dapat hadir ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi menyempurnakan lambaian ibadat Haji.

Ciptaan Allah ada regu dan pasangan

Setiap ciptaan Ilahi yang melingkungi kehidupan kita di dunia ini mempunyai regunya masing-masing. Hitam regunya putih, lelaki regunya perempuan, pagi regunya petang, dan siang regunya malam. Continue reading


50 Muslim Paling Berpengaruh 2009

The Royal Islamic Strategic Studies Centre telah menerbitkan satu laporan yang menyenaraikan 500 muslim yang paling berpengaruh pada tahun 2009.  Ia merupakan terbitan pertama yang kemungkinan akan dijadikan terbitan tahunan bertujuan mengenengahkan nama-nama individu dan kumpulan yang telah banyak mempengaruhi dunia ummat ISLAM.

Tahniah buat yang tersenarai.  Ada sebahagiannya perlu kita contohi sumbangan-sumbangan mereka.  Ada sebahagiannya pula, memberikan kita ‘lampu isyarat’ bahawa kita perlu lebih bekerja keras.

Terdapat beberapa nama yang telah disenaraikan sebagai berpengaruh di dunia ummat ISLAM, namun hakikatnya sebahagian nama-nama ini tidak membawa ajaran yang berlandaskan ISLAM yang sebenar.  Mereka yang  membawa mesej-mesej yang lari dari kebenaran ISLAM ini telah diiktiraf sebagai memberi pengaruh yang besar di dalam dunia ummat ISLAM.  Dengan terterbitnya laporan ini, semoga ia membuatkan kita muhasabah banyak manakah yang telah kita perbuat berbanding orang lain?  Dan menyuntik semangat buat kita semua untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan membawa mesej dari al-Quran dan as-Sunnah.

Klik Gambar Untuk Laporan Penuh (pdf)

Berikut adalah senarai 50 orang muslim yang paling berpengaruh pada tahun 2009.  Turut tersenarai adalah Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang menduduki tempat ke-42 daripada senarai tersebut :) :  Continue reading


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tatkala mencari biografi Ustadz Rahmat Abdullah yang menjadi tunggak cerita kepada filem ‘SANG MUROBBI’, saya terjumpa dengan satu biografi ringkas sang murobbi yang sudah terkenal akan sifat murobbinya di seluruh Malaysia.  Malah ketokohan beliau diakui oleh sesiapa sahaja tak kira pihak di sebelah mana.

Beliau adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Berikut saya petik dari eramuslim.com:

 

Kiprah Dakwah Nik Abdul Aziz Nik Mat

Di usianya yang melampaui tujuh puluhan, tokoh pergerakan Islam PAS Malaysia ini tetap muda dalam semangat dan idealismenya. Walau sudah memetik di antara kemenangan dakwah, dirinya tetap konsisten. Seorang menteri besar ini memangkas 40 persen gajinya untuk umat.

Namanya Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang biasa memanggil beliau dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lahir di Kampung Pulau Malaka, Kota Bharu pada tahun 1931.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sejak kecil, Nik Abdul Aziz sudah gemar belajar ilmu-ilmu Islam. Saat itu, guru beliau adalah seorang ulama terkenal di daerahnya. Dan sang guru tak lain adalah ayah beliau sendiri yang biasa dipanggil masyarakat dengan Tuan Guru Haji Nik Mat. 

Setelah dirasa cukup mendapat pendidikan dasar-dasar Islam, Nik Abdul Aziz disekolahkan ke pesantren di Jertih, Trengganu. Namanya pondok pesantren Tuan Guru Haji Abbas. 

 

Pada tahun 1952, Nik Abdul Aziz meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pendidikannya ke Universitas Deobond, India. Di sana, ia berguru kepada ahli tarekat terkemuka, Maulana Husain Ahmad al-Madani.

Lima tahun kemudian, Nik Abdul Aziz melanjutkan studi ke Lahore, Pakistan untuk memperdalam tafsir Al-Qur’an. Setelah itu, beliau melanjutkan studinya ke Universitas Al-Azhar, Mesir untuk mengambil spesialisasi bahasa Arab dan dilanjutkan dengan memperdalam perundangan (hukum) Islam.

Continue reading