Tag Archives: hartanah

MLTT vs MRTT – Kelebihan & Kekurangannya

Kini, apabila masyarakat ingin membeli hartanah, mereka sudah mempunyai kecenderungan untuk bertanya mengenai MLTT (Mortgage Level Term Takaful) sebagai alternatif kepada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful).  Ramai sudah mulai tahu akan kebaikan MLTT.

Saya mula mendengar mengenai MLTT ini sekitar tahun 2004 ketika menghadiri seminar kewangan Milan Doshi di Kuala Lumpur.  Seorang pembentang telah memperkenalkan hadirin suatu perkembangan terkini dalam melindungi pembiayaan hartanah mereka.  Ia dikenali sebagai MLTA (Mortgage Level Term Assurance) dan ML (Mortgage Life).  Ia suatu istilah baru yang digunakan sebagai alternatif kepada MRTA (Mortage Reducing Term Assurance).  Ketika itu, pengetahuan masyarakat mengenai pakej ini sangat rendah dan belum digunakan secara meluas. Continue reading


TTDI Jaya, Shah Alam

Seorang sahabat dan pelanggan saya sedang mencari rumah untuk dibeli.  Antara tempat yang beliau survey adalah TTDI Jaya yang dilihat dekat dengan tempat kerja beliau dan isteri.  Disebabkan saya tinggal di TTDI Jaya, maka mungkin saya dapat memberi sedikit gambaran kepada beliau dan sahabat2 lain tentang pros dan kons TDI Jaya sebagai kawasan perumahan untuk dijadikan tempat tinggal.  Untuk berinteraktif dengan peta TTDI Jaya, sila pergi ke wikimapia.

Berikut adalah email balas saya kepada beliau dan lain2 sahabat di Suara-SMAKL yahoogroups:

wa’alaikumus salam…

  • Kalau bajet RM250K ada sekitar TTDI Jaya. Kena survey.
  • DRB-Hicom ada launched new 2nd phase Glenpark depan TTDI Jaya, kawasan tinggi tak kena banjir. Harga mahal sikit, mungkin >RM270,000.
  • Lain2 new properties berdekatan yang hot sekitar TTDI Jaya eg Nusa Rhu, Alam Budiman dan Sunway Alam Suria. Harga <RM280,000. Lokasi on the way ke Puncak Alam…built-up besar.

Kalau berminat nak beli property di TTDI Jaya, berikut saya senaraikan pros dan cons, setakat yang saya tahu, insyaALLAH:

Pros:

  • Kawasan Melayu
  • Penduduk kebanyakannya golongan elit
  • Masjid dalam kawasan perumahan
  • Kawasan perumahan yang sudah matang, maknanya kemudahan mantap eg hypermarket dekat (Giant & Tesco), 3 service station, sekolah menengah & rendah dalam kawasan perumahan, restoran Melayu & mamak melambak, stesen komuter dekat dll.
  • Dekat dengan highway eg Federal, NKVE, PLUS, Guthrie.
  • Mudah dapat tenant kalau nak disewakan.
  • Sekarang ni tengah dibuat pembesaran jalan dari simpang 4 Giant kelapangan terbang TUDM (dah siap). So, insyaAllah area appreciate.
  • Lebih 3 Nurseri & tadika Islami.
  • Setiap hari ada mini pasar-malam dekat area masjid jual kuih muih dan lain2 makanan.
  • Dekat dengan stadium dan pasar tani mega. Pasar Tani Mega setiap Ahad, Pasar Tani Mini setiap Rabu.

Cons:

  • DULU, kawasan ni biasa kena banjir.
  • Apartment & rumah teres banyak disewa dek student politeknik & ptpl. So, the environment tu tak best sikitlah…
  • Ada bbrp kes denggi berlaku. Bukan sahaja TTDI Jaya, malah kes denggi ni biasa kena Shah Alam.
  • Resale value (ketika ni) rendah sebab pembeli risau nak invest/tinggal di TTDI Jaya sebab banjir.
  • Takde rangkaian bas yang masuk.

Sudahkah TTDI Jaya pulih dari ancaman banjir?

Sejak banjir besar Februari 2006 di Shah Alam yang mana TTDI Jaya antara kawasan yang kena teruk, tiada lagi banjir berlaku sehingga hari ini (setahu saya). Disebabkan TTDI Jaya diduduki oleh golongan elit, maka kerajaan negeri telah memberi perhatian yang serius sejak banjir 2 tahun lepas. Kena pressurelah tu. Antara yang telah dilakukan bagi mencegah banjir:

  • sungai didalamkan.
  • Monsun drain ditukar baru yg lebih besar.
  • tembok sungai sepanjang TTDI Jaya ditinggikan.
  • 2 kolam takungan dibina.
  • Beberapa pam telah dipasang bagi menyedut keluar air berlebihan dari sistem perparitan setempat. (7-8 pam semuanya tak salah saya)
  • sistem siren telah diperkenalkan bagi memberi amaran sekiranya air banjir mula melimpah. So, penduduk boleh melarikan kenderaan dan menyelamatkan barang2 yang berharga.
  • Sekarang ni tengah dipasang parit besar di bawah jalanraya sekitar kawasan perumahan utk laluan air.

Sekian dari saya melaporkan dari TTDI Jaya, hehe.. ;-)
wAllahu ta’ala a’lam.