Tag Archives: tauhid

99 Buku Tebal Penuh Dosa VS Sekeping Kad Tauhid

SURUH yang paling besar ialah menyuruh kepada mentauhidkan ALLAH, yakni mengajak manusia kepada inti kalimah tauhid, لا اله الا الله, tiada tuhan yang layak disembah melainkan hanya ALLAH!

Hanya ALLAH lah satu-satunya Tuhan yang layak disembah.  Hanya ALLAH sahajalah tempat ditujukan ibadah dan permintaan.  Hanya ALLAH satu-satunya yang menjaga, mentadbir, mengawasi dan menentukan seluruh makhluq dan alam ini.  Dan hanya ALLAH sahajalah yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang maha baik dan sempurna.  Hanya DIA.  DIA satu-satunya!

Dan JANGAN yang paling besar ialah jangan syirikkan ALLAH.  Perbuatan mensyirikkan ALLAH adalah sebesar-besar perbuatan zalim dan dosa.

Ya, itulah SURUH yang terbesar dan JANGAN yang terbesar.

Mengetahui hakikat ini, maka hendaklah kita berusaha sungguh-sungguh terhadapnya.  Jaga ia sungguh-sungguh kerana ia adalah suatu yang paling besar dalam kehidupan kita.

Saya tertarik dengan satu hadith yang apabila membacanya saya tergambar akan besar dan luasnya rahmat ALLAH terhadap sesiapa yang menjaga tauhidnya hanya kepada ALLAH.  Berikut hadith yang saya maksudkan:  Continue reading


Dr Johari Mat Menerangkan Polemik Aqidah yang Berlaku di Malaysia

Penemuramah: 

“Doktor masih lagi anggota panel akidah JAKIM, dalam persoalan aqidah di Malaysia ini, ada pihak yang menyatakan di Malaysia aqidah Asya’irah mainstream yakni yang utama, jadi ada pihak yang berkata jangan mengganggu fahaman aqidah Asya’irah ini.  Sehingga ada pihak yang menganggap bahawa aqidah Asya’irah ini sahajalah aqidah yang terbaik dan sebagainya.  Dan satu pihak yang lain pulak, ada pihak yang membangkitkan aqidah Asya’irah ini seolah-olah sampai ke tahap sesat.  Jadi, pro dan kon?  Dan cara terbaik dalam menangani isu ini?”

Ikuti jawapan Dr Johari Mat dengan sabar dan terbuka hati, mudah-mudahan kita semua dapat mengambil manfaat yang banyak daripada beliau yang merupakan seorang pakar dalam bab aqidah di Malaysia ini:

Video 1/3

Video 2/3 Continue reading