Respon Rakyat Terhadap BERSIH 2.0

Tuntutan BERSIH 2.0 cukup mudah untuk difahami.  Sebahagian besar daripada 8 tuntutan yang diutarakan oleh pihak BERSIH 2.0 itu adalah permintaan asas seorang rakyat biasa seperti saya.  Saya sokong tuntutan-tuntutan ini.  8 tuntutan tersebut ialah:

  1. Bersihkan senarai undi
  2. Reformasikan undian Pos
  3. Gunakan dakwat kekal
  4. Masa kempen minima 21 hari
  5. Akses media yang adil
  6. Kukuhkan institusi awam
  7. Hentikan rasuah
  8. Hentikan politik kotor

Namun, amat menyedihkan apabila tuntutan ini direspon secara negatif oleh pihak Kerajaan.  Alangkah bagusnya jika Kerajaan memilih pendekatan yang lebih berhikmah dan bijaksana dalam menangani tuntutan-tuntutan ini.

Diharap agar selepas ini pihak Kerajaan dapat mengambil pengajaran dari peristiwa yang besar ini.  Rakyat pasti akan menyokong jika pihak Kerajaan memilih untuk bertindak dengan adil dan mengambil pendekatan yang lebih cerdik.

Saya tidak mahu mengulas rentetan berlakunya isu ini, saya anggap ramai yang sudah mengikutinya dan masing-masing sudah pun mempunyai tanggapan tersendiri.  Jika ada perbezaan pandangan, tidak mengapalah, kita berlapang dada dalam hal ini.

Respon Rakyat

Walaupun rakyat telah diugut, dimomok dengan tindakan keras, dilakukan sekatan jalan raya di luar bandaraya bagi menghalang orang ramai masuk ke Kuala Lumpur, ditutup jalan-jalan raya sekitar KL, ditangkap orang-orang yang berjalan kaki di stesen-stesen LRT dan pengangkutan awam, namun bilangan rakyat yang berjaya menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 amat mengejutkan.  (Lihat gambar di bawah)

Sekatan jalanraya besar-besaran semua jalan utama masuk ke KL. (Dari Sinar Harian, dari fotoBERNAMA)

KL lengang.  Jalan ditutup.  Sekatan dilakukan bagi mengelak orang ramai masuk ke tengah bandaraya KL - Sumber Sinar Harian

Awal pagi, KL lengang. Jalan ditutup. Sekatan dilakukan bagi mengelak orang ramai masuk ke tengah bandaraya KL (Dari FB Sinar Harian, dari fotoBERNAMA)

Awal Pagi. Sekatan di mana-mana (Dari FB Sinar Harian, dari fotoBERNAMA)

Lihat sahaja gambar-gambar berikut yang saya petik dari beberapa sumber.  Nilaikan sendiri.  Jumlah puluhan ribu, malah mungkin ratusan ribu ini memberi isyarat sokongan rakyat terhadap 8 tuntutan BERSIH 2.0 kepada kerajaan.  Ini supaya dapat ditambahbaikkan sistem pilihanraya di negara yang kita cintai ini.

Ribuan di hadapan Pudu Raya mendengar Dr Hata Ramli berucap (Dari FB TGNA, dari Keadilandaily)

Ribuan rakyat berjalan menyokong BERSIH 2.0. (FB TGNA)

Jika puluhan ribu ini adalah jumlah yang berjaya menembusi rintangan fizikal dan emosi yang dibuat oleh Kerajaan, bayangkan jika semua rintangan, ugutan dan sekatan tersebut tidak ada.  Tentu bilangannya mencecah jutaan rakyat.  Sungguh, sistem pilihanraya kita memerlukan penambahbaikkan segera.  Diharap pihak tertentu dapat memberi perhatian.

Lagi ribuan yang menuntut agar 8 tuntutan BERSIH 2.0 dilaksanakan.

Pelbagai lapisan masyarakat turun, tanpa mengira kaum dan agama. (FB TGNA)

Lebih kurang 100 penyokong Patriot juga berhimpun sama. Mereka membantah tuntutan BERSIH 2.0. (FB TGNA)

'Pemain import' gembira dapat baju percuma dari Patriot. (FB TGNA)

Sasterawan Negara A. Samad Said antara yang turun menyokong tuntutan BERSIH 2.0

Antara rakyat yang mahu negara ini menjadi lebih baik.

TG Hj Hadi adalah antara pemimpin berjiwa rakyat yang ditahan bersama ratusan lagi rakyat. (FB TGNA)

Antara pimpinan PAS yang turun memperjuangkan hasrat rakyat. (FB TGNA)

Ribuan rakyat berarak ke Stadium Merdeka terpaksa berhadapan dengan anggota keselamatan. (Dari Sinar Harian FB, dari FotoBERNAMA)

Rakyat biasa dengan anggota2 keselamatan memang tiada masalah di antara mereka. Yang bermasalah ialah pihak yang berada di atas kepala dua golongan ini. (FB TGNA)

Lautan manusia yang membanjiri jalanraya secara aman menyokong tuntutan BERSIH 2.0

-Lagi gambar-

Mungkin apa yang dipaparkan di atas berlainan dengan apa yang dipaparkan di media perdana.  Gambar-gambar di atas adalah secubit gambaran sebenar apa yang berlaku di tengah-tengah KL pada 9/7/2011.  Sekurang-kurangnya, saya dan anda tahu ‘the other side of the story’ pihak yang terlibat menyokong tuntutan BERSIH 2.0.

Tahniah buat semua yang terlibat dengan perhimpunan aman ini yang dapat menjaga diri dengan baik dan tidak bertindak kasar dan ganas.  Moga-moga usaha kalian diterima ALLAH Ta`ala sebagai hasanah di sisiNYA, amin.

Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita terus menjadi aman, semakin bertambah baik pengurusan negaranya dan moga-moga pemimpin-pemimpin kita diberikan hidayah dan taufiq dari ALLAH seterusnya mudah-mudahan Malaysia menjadi ‘baldatun toiyibatun wa Rabbun ghafur’ (negara yang baik dan mendapat keampunan Tuhan), amin…

www.muzir.wordpress.com


21 responses to “Respon Rakyat Terhadap BERSIH 2.0

  • Ridzuan Zukifly

    macam nampak kat LRT Pasar Seni tadi… ke, pelanduk dua serupa? :-)

    Like

  • Anonymous

    berani buat ..berani tanggung

    Like

  • Anonymous

    sebnarnya apa yg terjadi tidak sepatutnya berlaku kerana umat islam nampak spt kambing hitam yg di pergunakan oleh parti2 anti islam.bayangkan pencetus idea pihak yg mn dan yang menjayakan adalah umat islam,mana perginya lim kit siang,anuar ibrahim yg kita agong2 kan bukankah ambiga sudah mengadap sri paduka baginda kenapa dia x serah sahaja memorendom secara berdepan? kenapa perlukan refomasi yg merugikan ramai pihak serta menyusahkan seluruh rakyat di sekitar kl. jangan disebabkan seratus dua umat kt kabur melihat kaedah yang lain.sy disini tak berapa setuju dengan perarakan refomasi ini.

    Like

    • Shahmuzir

      Terpulang kepada anda. Anda berhak untuk setuju atau tidak setuju.

      Artikel di atas tidak ada menyebut tentang mengagungkan nama2 yang tuan sebutkan di atas. Sebahagian besar tuntutan itu adalah asas kehendak manusia biasa seperti anda dan saya.

      Sila baca semula. Terima kasih.

      Like

  • Zaitun Abu Bakar

    Saudara Shahmuzir, tahniah ! artikel beserta foto2 yang jelas menceritakan hari bersejarah tersebut ( HAri Kebangkitan Rakyat Malaysia) yang inginkan pilihanraya BERSIH. Tak tau lah bagaimana lagi nak bagi saudara2 kita yang diatas tu ( Anonymous dan mlei ) faham…tapi cara tulisnya mereka ni tak buat homework langsung….Teruskan perjuangan saudara Syabas!

    Like

  • Aisya

    saya bukanlah penyokong mana2 pihak, saya hanya bercakap sebagai generasi muda yang ingin Malaysia kekal aman. Pada pendapat saya, budaya demo ni hanya satu budaya yang kurang sihat, saya tidak rasa ia mendatangkan apa2 kebaikan, malah saya boleh lihat lebih banyak keburukan yang timbul. Mungkin apa yang diperjuangkan oleh BERSIH ada betulnya, tapi bukan dengan cara demo.., bukankah budaya ini lebih jelas menunjukkan satu bangsa yang tidak sihat emosinya, saya sangat kecewa dan sedih bila melihat dan mendengar berita2 tentang BERSIH di pihak yang menyokong dan tidak…, mereka saling mempertontonkan budaya kurang sihat…, memaki hamun, fitnah, tuding-menuding…, memburuk-burukkan kaum lain.. dan banyak lagi, apa yang sebenarnya yang mereka cari…? keamanan atau huru-hara? keadilan atau kejatuhan?. Semakin hari semakin mendatangkan ketakutan kepada saya.., adakah ini akan berterusan? bila ia akan tamat? apa kesudahannya?. Mungkin saya hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan kita bersama….

    Like

    • Shahmuzir

      Alhamdulillah, baguslah macam tu. Kita semua mahukan negara kita aman.
      Sama2 kita pastikan agar keamanan negara kita terjaga dari tangan2 jahat dan zalim.

      Teruskan berdo`a kepada ALLAH dan jangan berhenti setakat berdo`a sahaja.
      Jika ada kemampuan, jadilah di kalangan ummat yang amar ma`ruf dan nahi mungkar, samada melalui lisan atau tindakan.

      Like

  • Aisya

    Insya-Allah…, memang benar… tiada siapa yang inginkan keadaan negara yang huru-hara. Tapi kekadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan mengundang kepadanya…, saya bukanlah seorang ahli bijakpandai…, atau pakar politik, tapi… bukankah benda ni jelas akan mengundang kepada keadaan yang kurang senang? sekarang pun kita dah boleh lihat… macam2 kesan negatif yang berlaku.., saya takut… sejarah 13 Mei itu akan berulang.., bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? Janganlah sampai kita terpaksa menyesali buat yang kesekian kali.., lagi pun… tanpa kita sedari, terdapat pihak luar yang sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan negara kita…, saya tidak mahu kita dijadikan kayu api yang akhirnya menjadi pemusnah kepada negara kita sendiri…

    Like

  • Huda

    Sebab itu Bersih perjuangkan tuntutan yang ke 5, agar ada akses media yang adil. Jika TV3, Utusan Meloya dan Berita Hairan memberikan lapuran yang adil kepada semua peringkat masyarakat, pertubuhan, parti2 politik, individu dan sebagainya tiada siapa yang nak bersusah-susah berdemo. Tapi kerana tak dapat cara yang betul untuk menyuarakan pendapat dan apa yang terbuku di hati cuma cara berdemo sahaja yang tinggal. Maka itu dianggap jalan yang terbaik dan diberikan hak dalam perlembagaan Malaysia. Jadi ia bukan menyalahi undang-undang.

    Like

  • Ishak

    Teruskan gerak kerja dakwah Islam. Kita kena tukar pemikiran kita kepada “Aku buat ini atas dasar aku beriman kepada Allah dan mengaku nabi Muhammad ada rasul Allah; sebagai bukti keyakinan tersebut aku akan melaksanakan syariat-syariat Islam yang telah diamanahkan semata-mata mencari redha Allah swt dan bukan selain dari itu.”

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Terjemahan surah al-E-Imran ayat 200)

    Like

  • kay

    ramai org cakap… bile tengok sume ni.. umpama dunia nak kiamat…
    masya’Allah…. bile sy kenang perjuangan Rasullullah dan para sahabat, sebagai pemimpin…. sy rasa rindu untuk berada di sana, biarpun sy bukan baik, alim ulamak, dan bukan pernah berada di situasi itu….

    sy menjadi was2 untuk memilih pemimpin apabila sentiasa terdengar fitnah seperti yg di sampaikan Rasullullah s.a.w dalam khutbah terakhir… tentang fitnah dajal…

    jika kerajaan sekarang kekal… ini yg berlaku…
    jika kerajaan ini di ubah… pasti perkara yg sama tetap berlaku…

    tapi sy rasa… dengan kebebasan bersuara… umpama si anak menegur kesalahan si bapa… agar keluarga mereka bahagia??? tapi permintaan si anak di endahkan… tanpa sebarang penjelasan yg munasabah….
    merintih lah si kerdil…. memberontak lah yg remaja….

    pada pemimpin, pasti berat tugasannya…. tapi usah di abaikan pada perkara2 yg patut di laksanakan…

    Like

  • Aisya

    Kita perlu ingat.. demokrasi bukanlah cara islam danbegitu juga dengan demonstrasi. Malah, pencetus idea demo pertama adalah dari orang yahudi. Dalam sistem islam.. Al-Quran dan sunnah adalah yang terutama, bermakna rasional, realiti dan akal tidak boleh mendahului Al-Quran dan sunnah. Tapi kalau kita lihat kepada sistem demokrasi… perlembagaan adalah yang tertinggi dan suara rakyat diutamakan. Walaupun kita mengamalkan sistem ini, sebagai muslim, kita perlu ingat apa yang kita lakukan sepatutnya bersandar kepada Al-Quran dan sunnah, bukanlah di atas tindakan rasional, realiti dan akal semata. Islam tidak pernah mengajar umatnya menentang pemimpin, Malah banyak hadis yang saya pernah baca yang menentang keras kepada golongan yang menentang pemerintah dan menyeru agar taat kepada pemerintah. Benar, di dalam islam penasihat adalah penting. Tapi bukan pembangkang. Kalau kita kata media hari ini lebih pro-kerajaan dan kurang kebebasan, tindakan itu memang patut. Bukan tidak ada contoh di luar sana, kebebasan di dalam media hanya mengundang kepada bencana. Islam sendiri tidak menggalakkan kepada konsep kebebasan dan hak, kalau kita lihat hari ini macam-macam isu yang telah dibangkitkan oleh pihak tertentu yang memperjuangkan hak dan kebebasan yang tidak sepatutnya dan jelas bertentangan dengan islam.. Walau bagaimanapun, ia nampak di pihak yang benar kerana atas dasar memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara. Mungkin saya tidak perlu nyatakan satu per satu, di luar sana sudah banyak contoh yang kita boleh lihat dan nilai sendiri. Kalau kita kata tidak ada cara lain selain daripada demo, bukankah banyak sahaja laman sosial hari ini seperti laman ini boleh dijadikan sebagai tempat rakyat bersuara dan memberi pendapat dengan cara yang baik. Malah, hari ini banyak sahaja blog, page dan laman sosial lain yang telah digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan dan membangkitkan sesuatu isu. Bukankah ini sudah memadai kepada rakyat bagi melihat dengan lebih jelas kedua-dua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang. Seterusnya, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang dipercayai. Kalau kita kata pilihanraya tidak telus, tapi bagaimana pula pihak pembangkang boleh mentadbir beberapa negeri. Apa pun…, kita perlu ingat… rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Konsep keadilan dan kebenaran adalah salah satu konsep yang sangat sukar diaplikasikan di dunia ini. Mungkin keadilan dan kebenaran hanya boleh dinikmati di makhamah Allah SWT nanti. Disini saya sertakan rujukan yang membawa dalil-dalil agar kita taat kepada pemerintah.
    http://fantrealika.tripod.com/islam1.htm

    Like

    • Shahmuzir

      Saya nampak Aisha nak samakan BERSIH 2.0 dengan gerakan pemberontakan, hasil bacaan daripada hadith2 taat kepada pemerintah. Jauh benar lari tu. Kena faham betul2 hadith tu dan konteksnya.
      Takpelah, saya harap lain kali Aisha dan rakan2 yg lain lebih banyak mengkaji dan mendengar beberapa pendapat yg lain. Antara yg boleh saya kongsikan ialah video ini. Cuba Aisha dan rakan2 lain tonton sampai habis dan ambil manfaat ilmu daripadanya ya:

      Like

  • Mohd Fauzi

    Juga kalau sesiapa dapat upload ceramah Ustaz Zaharudin di Zaharudin.net mengenai isu ini adalah baik.

    Like

  • aqilah

    sye sokong perhimpunan bersih

    Like

Leave a comment