Benarkah Mati Menyembunyikan Cinta = Mati Syahid?

Saya ditanya tentang status kata-kata ini yang dikatakan ia sebagai hadith, iaitu:

Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid.” 

Tidak pula saya pernah berjumpa dengan ‘hadith’ ini.  Benarkah ia hadith???  Sekali lihat macam diragui kerana ganjaran mati syahid adalah antara ganjaran tertinggi di sisi ALLAH.  Tidak berpadan dengan usaha yang kecil itu, iaitu sekadar menahan dari diluah rasa cinta.

Walaupun ia mempunyai maksud yang baik, iaitu supaya insan menahan diri dari mengikut hawa nafsu perasaan cinta, TETAPI sebagai Muslim, kita mestilah sentiasa awas tatkala menyebut sesuatu kata-kata yang disandarkan kepada Rasul yang mulia, Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Ini kerana baginda telah memberi amaran:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.”  (HR al-Bukhari, Muslim dan selain mereka)

Saya membuat carian di internet berkenaan perkara ini dan terjumpa tiga pautan yang saya rasa boleh membantu menjawab persoalan ini:

1.  Dr Asri, di dalam artikel beliau yang bertajuk Jangan Bohong Guna Nama Rasulullah, ada menyentuh kata-kata di atas.  Ia adalah ‘hadith’ palsu.  Bermakna ia bukan kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam yang mulia, tetapi ia satu kata-kata yang direka lantas disandarkan kepada Baginda.  Saya memetik kata-kata dari artikel beliau:

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:

Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya.

Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”.

Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya – disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang).

Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”.

Daripada kenyataan di atas, dapat kita fahami bahawa kata-kata di atas adalah bukan kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Menyebutnya sebagai kata-kata Baginda, boleh dihukum dengan ta`zir.

2.  Di dalam laman badurfillah.multiply.com, penulis ada menukilkan kata-kata Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Thibbun Nabawi (Pengubatan Nabi) dalam Bab Petunjuk Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam untuk Mengatasi Penyakit Asmara:

“Jangan tertipu oleh hadits palsu yang mengatas namakan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Suwaid bin Said, dari Ali bin Mushir, dari Abu Yahya Al-Qattat, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas, dari Nabi, diriwayatkan pula dari Aisyah dari Nabi. Diriwayatkan oleh Azzubair bin Bakr, dari Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, dari Abdul Aziz bin Hazim, dari Ibnu Abi Najih, dari Mujahid, dari Ibnu Abbas dari Nabi bahwa beliau bersabda, “Barang siapa jatuh cinta, lalu menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia mati syahid.” dan dalam riwayat lain disebutkan, “Barang siapa jatuh cinta (kasmaran), lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar, akan Allah ampuni dosa-dosanya dan akan Allah masukkan ke dalam Surga-Nya.”

Justeru, dengan adanya tegahan ini, sewajarnya kita jangan tertipu dengan mengatakan ia kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, kata-kata bertanda merah di atas di awal artikel ini ialah bukan hadith.  Ia ‘hadith’ palsu!

3.  Di dalam laman web hatinurani86.blogspot.com, penulis menulis seperti berikut:

Matan Hadis

Sengaja saya takhrijkan hadis ini kerana ramainya mereka mengunakan hadis ini dengan menggangap bahawa hadis ini boleh di amalkan.

من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد

Maksudnya :  Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid.”

Kitab Yang Meriwayatkan Hadis Ini

Di riwayatkan oleh al-Kharaity di dalam Kitab A`tilal al-Qulub Bab Man A`fa Fi A`syqihi, hadis no 103.Khatib al-Bagdadi di dalam Tarikh Bagdad, juz 11 m/s 297 no. 6079.

Masalah Hadis Ini

Hadis ini terputus sanadnya pada عبد الله بن عبد الملك الماجشون, yang mana menjadikan hadis ini tidak mencukupi syarat sahih dan hasan.

Hukum hadis

Palsu ( Jamek Soghir wa az-Ziyadah, jil 1 m/s 1248, no 12473 ).

Hadis ini adalah sebahagian daripada hadis golongan sufi yang mungkar ( Salasilah Sohehah, jil 19 m/s 67 ).

Dengan tersenarainya 3 sumber di atas, saya rasa cukuplah ia menjadi panduan bahawa kita tidak wajar mengungkap kata-kata Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid” sebagai hadith iaitu disandarkan ia kepada kata-kata Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

Hatta, kalau tak disandarkan kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pun tidak patut kerana menjanjikan sesuatu amalan dengan ganjaran tertentu mestilah disandarkan dengan nas yang sahih.  Justeru, tinggalkanlah kata-kata ini.  Banyak lagi yang boleh disentuh jika mahu bercakap soal cinta.  Antaranya, ada saya sentuh di dalam artikel ini:

https://muzir.wordpress.com/2009/11/24/muhasabah-cinta/

Semoga ALLAH memelihara kita semua dengan hidayah da taufiq, amin…

WAllahu Ta`ala A`lam.

www.muzir.wordpress.com


36 responses to “Benarkah Mati Menyembunyikan Cinta = Mati Syahid?

  • ainzubaidah93

    assalamualaikum….syukran ya ustaz…..klu tidak, smpai skang sy x tau…….

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…
      Tu pun sebab ada org tanya. Jawapan pun bukan saya yg jawab, saya cuma copy jawapan orang yang layak ilmunya.
      Darinya saya dapat belajar sesuatu. Dan apabila ditulis di blog ni, supaya orang ramai pun tahu sama…

      Like

  • raudhah

    salam ..
    saya ade juga dengar begini .. ” sesiapa yg jatuh hati dan menahan daripada meluahkan , maka ia di kira jihad kecil ” ..
    ape pulak pndapat ustaz .. ?

    Like

    • shahmuzir

      wa`alaikumussalam…
      Mesej utama yg boleh kita pelajari dari tulisan di atas ialah jangan sekali-kali kita mengatakan ia hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam sedangkan ia bukan kata2 Baginda. Kerana perbuatan sebegini diberi amaran oleh Baginda. Jadi, berhati-hati…

      Jika tidak pasti, lebih baik kita diam sahaja atau elakkan dari menyandarkan kata2 itu kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

      Saya sarankan Raudhah klik dan baca tulisan Dr Asri yang saya boldkan di atas untuk memahami nasihat ini :)

      Like

  • Maren Kitatau

    Kerap sekali cinta itu birahi di ujungnya. Cinta yg spt ini memang harus disembunyikan. Tapi bila cinta itu adalah perbuatan baik yg tanpa pamrih, maka cinta spt itu hendaknya diaplikasikan, baik cinta kepada Allah maupun cinta kepada sesama manusia.
    Begitu menurutku!

    Salam Damai!

    Like

    • shahmuzir

      Jika perasaan cinta atau sayang timbul terhadap saudara kita dan ia timbul kerana ALLAH, wajar kita luahkannya. Kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah menyarankan sahabatnya agar meluahkan perasaan cinta/sayangnya kepada saudaranya yang lain. Ini khas untuk sesama jantina. Supaya ukhwah terjalin erat kerana ALLAH :)

      Dari Abu Karimah Al-Miqdad bin Ma`dikariba radhiAllahu `anhu dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintai dirinya.” (HR Abu Daud dan at-Turmudzi, hadith hasan sahih)

      Like

  • syafiah

    Assalam..ustaz..syukran kathir..jelas,padat dan bernas.Kena banyaakkan thaqofah , tak boleh main ikut ja sesuatu ilmu itu tanpa mengetahui asal-usulnya.

    Like

  • Maren Kitatau

    Salam Shahmuzir!

    Jatuh cinta.
    Mungkin inilah yg ujungnya birahi.
    Cinta yg ini harus tersembunyi.

    “Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya dan dia mati, maka matinya itu adalah syahid.”

    Jatuh cinta naik pitam dan ketiban sial,
    Pertanyaan kita mungkin sama;
    Pada istilah jatuh, naik dan ketiban.

    Tapi, nampak lucu bila ada kata majemuk:
    naik cinta, jatuh pitam, menabrak sial, ya.

    Pada “jatuh” umumnya ada korban berantakan.
    Pada “naik” umumnya ada anugerah menjulang.
    Pada “ketiban”, umumnya datang dari atas.
    Entah lah!

    Menurutku,
    Cinta itu tidak harus jatuh,
    Cinta itu sebagusnya bangun.

    Mari membangun cinta saja.
    Bila jatuh korbannya berantakan,
    Membangun cinta perjuangan yg keren. hh

    Salam Damai!

    Like

  • Maren Kitatau

    Ya!
    Kurasa juga begitu, Sobat!
    Cinta itu hrs dibangun secara konsekwen.
    Selesai jatuh cinta hendaklah berumah-tangga.

    Rumah tangga itu pun sekolah cinta.
    Awal-mulanya adalah cinta-karena.
    Selalu berlanjut dgn cinta-jikalau.

    Pd cinta-jikalau banyak ujian, banyak persoalan, banyak kajian, banyak timbangan, banyak jatuh-bangun cinta dll. demi keadilan dunia suami-isteri.

    Cinta itu pun hrs dilanjutkan secara konsekwen hingga akhirnya menjadi cinta-walaupun, suatu cinta yg illahiah sifatnya, cinta tanpa pamrih yg mengedepankan damai dari pada adil.

    Jadi, ada tiga cinta:
    Cinta-kerana yaitu cinta yang natural.
    Cinta-jikalau yaitu cinta yang emosional.
    Cinta-walaupun yaitu cinta yang spritual.

    Salam Cinta!

    Like

  • illyka ibrahim

    salam . thanks ustaz . naseb baik lah tergerak hati nak blog walking . kalau tak mesti sampai bibile pun tak tahu mende ni . huhu . erm , ustaz , tak boleh share yea ? hehe~

    Like

  • wana93

    salam ustaz…
    dah ada pun jawapannye..
    dulu, sy dan sakinah pernah tanya pasal hadis ni kat ustaz..
    thnx ye ustaz..
    kitorang dah tahu..
    alhamdulillah..

    Like

  • sayyid ali mahdaly

    salam….saya ada sdikit bangkangan..kalau aq la ya
    bnar mti syahid barangsiapa yg dpr mnahan rasa cintanya dan dya mti dlm keadaan t’sebut adalah syahid…
    sbab cinta yg dimaksudkan tu adalah cinta ssama mnusia…n cnta ssama mnusia ini lbih t’dorong oleh hawa nafsu
    dan bukanka mnahan hawa nafsu tu bsar @kcil (mata tlinga) adala jihad..dan jihad yg plg tinggi darjatnya itu adalah jihad (perang n mnahan nafsu)
    …dan bukanka pabila mti dlm jihad itu syahid???…dan pnulis unta ni ckp plak “Tidak pula saya pernah berjumpa dengan ‘hadith’ ini. Benarkah ia hadith??? Sekali lihat macam diragui kerana ganjaran mati syahid adalah antara ganjaran tertinggi di sisi ALLAH. Tidak berpadan dengan usaha yang kecil itu, iaitu sekadar menahan dari diluah rasa cinta.”
    cnta itu kcil pengorbanannya???…sdangkan saidina ali ktika di akhir hayatnya…mulut susah tuk berhenti sbut nma fatimah isterinya…krana cinta nya yg amat…itu tyme nazak saidina ali lg…sahabat rasul…kta ni lg apalah sangat banding saidina ali???
    org yg dijamin syurga pun cam saidina ali x ble gk mnahan rasa cintanya kpada fatimah ktika nazak??…jdi cinta itu bukan kcil pengorbanannya…ahahhaha..pnat aq nulis jo~…jdi spa2 maw bangkang silakan….hak3

    Like

    • sayyid ali mahdaly

      dan ya ustaz….sya juga kurang psti ia hadits @ bkan…tpi hukum mti syahid sya ttap skong…

      Like

      • Shahmuzir

        Wa`alaikumussalam.
        Terima kasih kerana sudi memberi komen. Dan saya hargai komen dan bangkangan anda itu :) .

        Walaupun niat komen anda bagus, tapi banyak yang tidak tepat dengan hukum agama. Kita dalam bab agama ni tak boleh ikut lojik semata2 dan ikut ukuran akal kita nak hukum itu dan ini.

        Saya sarankan anda baca semula tulisan di atas dan beberapa pautan yang diberi untuk kefahaman yang mendalam. Mudah2an anda dan saya diberikan kefahaman agama, amin.

        Like

  • Hafiz Ahmadi

    Assalamualaikum wrb. Ustaz, izinkan saya berkongsi pandangan saya. Setakat yang saya tahu, kata-kata itu bukanlah hadis daripada Rasulullah SAW, tetapi daripada Imam Suyuthi yang dinukilkan oleh Ath-Thohawi dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah.

    Kata Imam Suyuthi, termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.

    Ertinya di sini, jika difahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya yang di bawah kekuasaannya. Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala syahid.

    Wallahua’lam.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh…

      Akhi Hafiz, terima kasih kerana sudi berkongsikan maklumat yang baik dan bermanfaat buat tatapan saya dan pengunjung semua.
      InsyaALLAH, perkongsian sebegini ada manfaatnya untuk menambah ilmu kita masing2…

      Like

      • Hafiz Ahmadi

        Moga2 perbezaan pndpt ini dapat menjadi rahmat yg membawa kpd peningkatan iman dan taqwa, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Huud ayat 118-119 yg bermaksud:

        “Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah ALLAH menciptakan mereka.”

        Like

  • Hafiz Ahmadi

    Imam Suyuti adalah seorang ulama hadith yang paling alim pada zamannya, seorang Al-Hafiz yang amat diyakini, mengetahui lafaz-lafaz hadis yang gharib (ganjil) dan mampu mengistinbathkan (mengeluarkan) hukum-hukum darinya.

    Setiap kata-katanya mana mungkin akan lari drpd Al-Qur’an dan Al-Hadith sedang beliau Al-Hafiz dan Alim dlm bidang hadith, walaupun kita sbg org kebanyakan memandangnya tidak logik.

    Like

    • Anonymous

      terima kasih saudara hafiz ahmad atas perkongsian saudara…muzakarah yang baik sebelum membidaahkan sesuatu perkara…tahniah buat saudara hafiz ahmad dan shahmuzir…

      Like

  • Hafiz Ahmadi

    Sy ambil satu contoh cerita shbt2 Nabi yg kata2 mereka sekali imbas nampak bercanggah, tapi sebenarnya tidak pernah lari drpd Al-Qur’an dan Al-Hadith.

    Huzaifah bin Yaman berkata:”Aku menyukai fitnah, aku membenci yang hak dan aku sholat tanpa wudhu.”

    Maka Umar bin Khattab hairan, bagaimana Huzaifah sampai menjadi orang yang durhaka.

    Dan Umar bertanya kepada Ali bin Abu Thalib tentang apa yang dikatakan Huzaifah.

    Lalu Ali berkata:”Kita semua seperti Huzaifah.”

    Umar:”Bagaimana bisa begitu?”

    Ali menjelaskan:”Kecintaan Huzaifah terhadap fitnah, maka artinya sesungguhnya dia cinta harta dan anak. Dan kebenciannya terhadap yang hak, maka artinya dia membenci kematian; Dan sholatnya tanpa wudhu, maka yang dia maksud bacaan shalawatnya kepada Rasulullah SAW.”

    Wallahua’lam. Sekadar berkongsi.

    Like

  • Anonymous

    salam…ustz sya share artikel ni…

    Like

  • nadhirah

    assamualaikum ustaz,
    sy pn ade dgr hdis nih..rupe-rupenye hadis nih x sahih…hadis yang cakap, sape paia purdah tu, nanti dy mati nanti, ALLAH yg akn jmpe dy tu,
    sahih ke? ade yang kata tak sebab buat benda kecik tapi ganjarannya besar pulak

    Like

  • aisha

    menurut apa yg sy tahu..hadis yg mengatakan menyembunyikan perasaan cinta itu adalah hadis bukan sahih..wallahualam

    Like

  • Anonymous

    Assalamualaikum…
    “Barang siapa jatuh cinta (kasmaran), lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar, akan Allah ampuni dosa-dosanya dan akan Allah masukkan ke dalam Surga-Nya.”..
    ini pon x betol ka ustaz?

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Walaupun kata-kata tu tak tepat, tapi jika sekadar nak kata macam tu takpe lagi. Sebab maknanya baik dan boleh dihurai panjangkan lagi. Sebaik2nya tak payahlah guna kata2 tu jika ia bukan ayat al-Quran dan al-hadith sebab nak janji syurga ni kena dari kata2 ALLAH & RasulNYA.

      Kalau kita kata kata2 kat atas itu adalah KATA-KATA NABI, maka kena hati-hati. Kita tak boleh dengan selamba kata itu kata Nabi, ini kata Nabi tanpa pengesahan ia benar-benar hadith Nabi yang sahih. Sebab ada ancaman dari Nabi kalau kita kata sesuatu itu Nabi kata sedangkan Nabi tak kata pun macam tu…

      ALLAHU A`LAM.

      Like

  • Mohd Fadzrul Nizam

    assalamualaikum~ ustaz~
    sya agak sedikit bingung~
    daripada maklumat diatas~
    menyembunyikan cinta= bukan hadis Nabi~
    itu setuju~
    tapi adakah menyembunyikan cinta=mati syahid??

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      Kalau itu bukan hadith, maknanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tak kata begitu. Apabila Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tak kata begitu, maknanya kata2 di atas hanyalah kata2 manusia biasa. Kata2 manusia biasa tiada jaminan betul atau salah.

      Tapi menjaga nafsu agar tidak liar dan terjebak dengan maksiat adalah sifat2 terpuji yang ada ganjaran dari sisi ALLAH, insyaALLAH.

      Like

  • ...

    ” sesiapa yang jatuh cinta dan mendiamkannya dikira jihad kecil”,,, ni konfem hadis dhoif ke ustaz? m0hon pencerahan.. sbb banyak diuar-uarkan hadis ni

    Like

Leave a reply to shahmuzir Cancel reply