Monthly Archives: December 2011

Jadual Kuliah Umum Ust Dr Abd Basit Di Lembah Klang

In-sya-ALLAH, berikut adalah jadual Sheikh Dr Abd Basit Abd Rahman di Lembah Klang setakat yang saya maklum daripada beberapa sumber:

10 DISEMBER 2011 (SABTU)

  • Kuliah Kitab Munyatul Musolli
    • Masa:  9pagi-11pagi
    • Tempat:  Masjid Negara, Kuala Lumpur
  • Sejarah Perkembangan Fiqh Imam Asy-Syafi`i
    • Masa:  Selepas Maghrib,
    • Tempat:  Surau Darul Muhajirin Taman Selaseh Fasa 2, Batu Caves, Selangor (peta)

11 DISEMBER 2011 (AHAD)

  • Kuliah Subuh:  Hijrah Satu Transformasi Untuk Kebaikan
    • Masa:  Selepas Solat Subuh
    • Tempat:  Masjid Bandar Baru Sg. Buloh
  • Kuliah Kitab Mukhtasar Minhajul Qasidin
    • Masa:  10.30 pagi-12.30 tengahari
    • Tempat:  Yayasan Ta’lim, No 42A & 44A, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, 60000, K.Lumpur (peta)
  • Kuliah Maghrib:  Tanyalah Ustadz
    • Masa:  Selepas solat Maghrib
    • Tempat:  Masjid Saidina Hamzah, Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Jemput datang dan sebarkan :)

Mudah-mudahan kita semua diberikan hidayah dan taufiq untuk sama-sama hadir dalam majlis ilmu dan mengutip butiran ilmu yang bermanfaat, in sya ALLAH.


Perkongsian Revolusi Syria oleh Dr Khaled Hasan Hindawi

Berikut adalah catitan yang saya petik dari laman blog Ust Mohammad Fikri yang sempat hadir ke majlis perkongsian tentang Revolusi Syria yang disampaikan oleh asy-Syeikh Dr Khaled Hasan Hindawi pada 6/12/2011 di Dewan Banquet, UPM:

================

Shaykh Khalid Hassan al-Hindawi.

– Beliau adalah pembantu khas Dr. Yusuf al-Qaradawi.

– Beliau diutuskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi untuk memberitahu berita dan hal sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.

– Shaykh Khalid telah melawat Indonesia dahulu dan kemudian melawat Malaysia.

Semoga Allah merahmati Shaykh yang memberi perkongsian yang baik dan bermanfaat kepada kami , memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar tentang apa yang berlaku di Syria. Continue reading


PAS Bukan Syiah! – Ketua Pemuda PAS Pusat

Akibat dari tuduhan-tuduhan liar dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengaitkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan aliran Syiah, maka Ketua Pemuda PAS Pusat iaitu Ustadz Nasrudin Hassan al-Tantawi bangkit memberikan penjelasan seperti yang tertulis di ruangan Nota Facebook beliau::

Adusss…. parok – parok puak demo hentam PAS weih, saya nak jawab pun tak tahu nak jawab hok mana. Ginilah sahabat semua….

Mudah sahaja perbahasan kita ni. Saya kata PAS bukan Syiah ! tapi kalian kata tidakkk, PAS telah diserapi Syiah ! saya selaku pimpinan PAS, selaku tuan rumahlah bagi PAS, saya kata tidakkkk, PAS bukan Syiah! kalian masih juga kata , Tidakkk ! PAS menerima Syiah ! Letih laaa lagu nih :)

Sahabat ! saya tahu kalian semua sayangkan PAS sebagaimana saya juga sayangkan PAS. Kita semua tidak mahu PAS jadi syiah. Saya ucapkan syabas dulu buat kalian semua. Pakat – pakat kita jaga agar PAS tidak diresapi oleh Syiah apatah lagi jadi syiah. Continue reading


Diskusi Ilmiah: Kaedah Memahami Hadith & Mengamalkannya – Oleh Ust Adlan

Tajuk:

Kaedah Memahami Hadith & Mengamalkannya

Oleh:

Al-Fadhil Ustadz Adlan bin Aziz (Panel Hadith Al-Ahkam.net)

Tarikh & Waktu:

8 Disember 2011 (Khamis), Selepas solat fardhu Maghrib.

Tempat:

Surau Roudhatul Firdaus, Taman Alam Budiman, Shah Alam.

Peta Lokasi:

Continue reading


Puasa Hari Tasu`a & Hari `Asyura

Bulan Muharram merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah ALLAH muliakan.  Secara khusus ALLAH melarang berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya.  ALLAH Ta’ala berfirman:

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya:  “Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.

(Surah At-Taubah, 9: 36)

Larangan berbuat zalim pada bulan-bulan ini menunjukkan bahawa dosanya lebih besar dari dikerjakan pada bulan-bulan selainnya.  Sebaliknya, amal kebaikan yang dikerjakan di dalamnya juga dilebihkan pahalanya.  Salah satu amal soleh yang dianjurkan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam untuk dikerjakan pada bulan ini ibadah puasa.  Baginda menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: Continue reading