IKHLAS Medic Assist Takaful

Apabila tuan/puan tertimpa musibah sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital, pernahkah tuan/puan terfikir akan kos perubatan yang terpaksa dibayar?  Kos perubatan pada hari ini bukanlah murah dan ia boleh menjadi beban kepada seseorang apabila terpaksa berhadapan dengan situasi ini.

Dengan sebab itulah Takaful IKHLAS Sdn Bhd memperkenalkan IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT).  Tujuannya ialah supaya peserta yang menyertai pelan ini dapat berasa tenang dan tidak khuatir akan kos perubatan tersebut kerana pelan ini menyediakan perlindungan kepada kos-kos perubatan dan pembedahan hospital.

Pelan ini terbuka untuk disertai oleh semua dari umur 30 hari hingga yang berumur 60 tahun.  Maklumat pelan secara terperinci beserta kadar caruman/bayaran boleh dirujuk ke sini:

>> IKHLAS_Medic_Assist_Takaful (IMAT) (sila klik)

Senarai panel-panel hospital boleh dirujuk ke sini:

>> Senarai Hospital Panel (sila klik)

Buat pengetahuan semua, pelan IKHLAS Medic Assist Takaful telah mendapat beberapa pengiktirafan.  Antara yang paling membanggakan ialah ia dinobatkan oleh BrandLaureate Awards sebagai Jenama Terbaik bagi perkhidmatan insuran/takaful perubatan selama 4 tahun berturut-turut sejak 2008 hingga 2011.

Tuan/puan boleh pergi sendiri ke pejabat-pejabat cawangan Takaful IKHLAS Sdn Bhd atau menghubungi ejen-ejen Takaful yang tuan/puan kenal.  Atau boleh juga menghubungi saya dengan mengisi borang ‘online’ ini:

Sekian, terima kasih.

Shahmuzir Nordzahir
Wakil Berdaftar
Takaful IKHLAS Sdn. Bhd.
019-3826408

Leave a comment