Al-Quran Muka Surat 7/604

[Muka surat 7/604]
[Surah al-Baqarah]
[Surah nombor 2, ayat 38-48]

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ  فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

KAMI berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKU (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKU itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. {2:38}

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِئَايَاتِنَآ أُوْلَٰٓئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ  هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Dan orang-orang kafir dan yang mendustakan ayat-ayat keterangan KAMI, mereka itu ialah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. {2:39}

يَا بَنِيٓ إِسْرَآئِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِيٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِيٓ أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah KUberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKU, supaya AKU sempurnakan perjanjianKU dengan kamu; dan kepada AKUlah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). {2:40}

وَءَامِنُوا بِمَآ أَنزَلْتُ مُصَدِّقًا لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوٓا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ ۖ  وَلَا تَشْتَرُوا بِئَايَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

Dan berimanlah kamu dengan apa yang AKU turunkan (Al-Qur’an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKU (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada AKUlah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. {2:41}

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. {2:42}

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَءَاتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. {2:43}

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ  أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal? {2:44}

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَٰشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; {2:45}

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui TUHAN mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNYA. {2:46}

يَا بَنِيٓ إِسْرَآئِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِيٓ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKU yang AKU telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya AKU telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya). {2:47}

وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) Hari (Akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat (pertolongan) daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. {2:48}

Nota:

Pada ayat 40 hingga 48, ALLAH mengingatkan Bani Israil tentang kelebihan dan nikmat yang generasi sebelum mereka telah kecapi sebelum ini, agar mereka bersyukur.  ALLAH memberi peringatan agar mereka taat dan bertaqwa kepada ALLAH.  Mereka disuruh beriman kepada al-Quran kerana al-Quran diturunkan oleh ALLAH dan ia mengesahkan kebenaran yang terkandung di dalam kitab suci sebelum ini iaitu Taurat.  Juga disebut beberapa perintah dan larangan untuk mereka patuh.

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: