Al-Quran Muka Surat 221/604

[Muka surat 221/604]
[Surah Yunus]
[Surah nombor 10, ayat 107-109]

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ  وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَآدَّ لِفَضْلِهِ ۚ  يُصِيبُ بِهِ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ  وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Dan jika ALLAH mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan DIA; dan jika DIA menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNYA. ALLAH melimpahkan kurniaNYA itu kepada sesiapa yang dikendakiNYA dari hamba-hambaNYA, dan DIA lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. {10:107}

قُلْ يَآ أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَكُمُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ ۖ  فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ  وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۖ  وَمَآ أَنَاْ عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Qur’an) dari TUHAN kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”. {10:108}

وَاتَّبِعْ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيْكَ وَاصْبِرْ حَتَّىٰ يَحْكُمَ اللَّهُ ۚ  وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga ALLAH menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana DIA lah sebaik-baik Hakim. {10:109}

[Surah Hud]
[Surah nombor 11, ayat 1-5]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani.

الٓر ۚ  كِتَابٌ أُحْكِمَتْ ءَايَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Alif, Laam, Raa’. Al-Qur’an sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu per satu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi ALLAH Yang Maha Bijaksana, Maha Mendalam pengetahuanNYA. {11:1}

أَلَّا تَعْبُدُوٓا إِلَّا اللَّهَ ۚ  إِنَّنِي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ

(Al-Qur’an yang demikian sifatnya diturunkan oleh ALLAH) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan ALLAH. (Katakanlah wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku diutus oleh ALLAH kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman). {11:2}

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ  وَإِن تَوَلَّوْا فَإِنِّيٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada TUHAN kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNYA; supaya DIA memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di Akhirat pula) DIA akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab Hari Kiamat yang besar (huru-haranya). {11:3}

إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ ۖ  وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Kepada ALLAH jualah kembalinya kamu, dan DIA Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. {11:4}

أَلَآ إِنَّهُمْ يَثْنُونَ صُدُورَهُمْ لِيَسْتَخْفُوا مِنْهُ ۚ  أَلَا حِينَ يَسْتَغْشُونَ ثِيَابَهُمْ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ  إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada ALLAH. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekali pun, ALLAH mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya DIA Maha Mengetahui akan segala (isi jantung hati) yang ada di dalam dada. {11:5}

Nota:

Kembali ke senarai muka surat


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: