Bukan senang hendak berhenti dari tabiat merokok. Bagi saya yang tidak pernah merokok, mungkin senang untuk menasihatkan kenalan-kenalan saya agar berhenti merokok. Hakikatnya dalam hati mereka memang mempunyai niat dan azam untuk berhenti merokok. Namun, mereka selalu gagal akibat banyak faktor. Antara faktor itu ialah merokok sudah menjadi tabiat yang sukar ditinggalkan, ketagihan dan juga dorongan kawan-kawan.
Kenaikan kadar cukai ke atas produk tembakau dan kempen ilustrasi bahaya rokok yang tertera di atas kotak rokok gagal membuatkan para perokok meninggalkan tabiat yang sudah sebati dengan kehidupan mereka. Namun, ada juga yang berjaya berhenti dari merokok. Sepemerhatian saya, ada dua faktor yang memberikan mereka motivasi yang lebih untuk berhenti merokok.
Yang pertama ialah faktor agama. Telah banyak fatwa dari para ulama Islam yang mengatakan bahawa merokok adalah haram hukumnya di sisi Islam. Saya sendiri ketika remaja dulu pernah membaca atau mendengar fatwa tentang pengharaman merokok sekitar tahun 1991 atau 1992. Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh ulama-ulama dari timur tengah.
Kini, alhamdulillah fatwa-fatwa di Malaysia yang dahulunya mengatakan bahawa merokok adalah makruh atau tidak jelas tentang pengharamannya, mula bertegas bahawa merokok adalah haram. Dan keputusan tersebut telah disebarkan di banyak ceramah di surau-surau dan masjid-masjid. Malah, ada sebahagian institusi agama mengeluarkan poster kempen memaklumkan tentang pengharaman merokok.
Hasil dari kempen ini, maka ramailah yang telah meninggalkan perbuatan merokok. Kepayahan yang terpaksa mereka lalui tentunya dikira sebagai mujahadah di sisi ALLAH. Mereka akur dengan ketentuan agama dan tunduk patuh dengannya. Semoga ALLAH membalasi mereka dengan hasanah, amin…
Faktor yang kedua yang selalu saya jumpa ialah kerana sayangkan ahli keluarga, terutama terhadap kesihatan anak-anak mereka. Saya mempunyai beberapa orang rakan yang berhenti disebabkan oleh faktor ini. Selepas mendapat anak yang pertama, mereka mula menanam azam untuk berhenti merokok. Mulanya mereka mengurangkan bilangan puntung yang mereka hisap. Akhirnya, mereka berjaya meninggalkan tabiat itu terus.
Seperti yang telah saya sebutkan di atas, bukan senang hendak berhenti merokok. Namun, disebabkan oleh kasih-sayang dan tidak mahu menyebabkan anak-anak menghidu asap busuk dan bahaya dari rokok, maka dikorbankan tabiat tersebut. Betapa besar kasih-sayang seseorang terhadap anak-anak dan ahli keluarga sehingga berjaya menukarkan seseorang dari perokok tegar kepada perokok ringan, seterusnya tidak merokok.
Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan mereka berhenti merokok. Namun, faktor dalaman iaitu kasih sayanglah yang menyebabkan seseorang itu dapat berhenti merokok. Yang pertama, sayangkan agama. Dan yang kedua, sayangkan keluarga.
Berhentilah merokok. Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan niat dan azam kalian untuk berhenti merokok, amin…
February 19th, 2012 at 10:50 PM
nice entri
LikeLike
September 14th, 2012 at 10:01 AM
[…] https://muzir.wordpress.com/2011/09/26/dua-sebab-utama-orang-segera-berhenti-merokok/ […]
LikeLike
September 24th, 2012 at 9:52 AM
[…] 2 Sebab Utama Orang Berhenti Merokok Please share this!EmailPrintMoreDiggLike this:LikeBe the first to like this. This entry was posted on Monday, September 24th, 2012 at 9:51 am and tagged with merokok, perokok and posted in Kewangan, Nasihat & Tadzkirah. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. « Sedikit Yang Lebih Sedikit… […]
LikeLike
June 25th, 2014 at 5:24 PM
menarik info ni.
bgus juga.
ada juga yang mencadangkan kaedah hipnosis? sebagai alternatif cara berhenti merokok. Sememangnya memang sukar untuk berhenti merokok. Tapi kene lah bersungguh-sungguh. yang penting adalah mindset kita.
IbuCergas
LikeLiked by 1 person
December 8th, 2014 at 9:15 AM
Saya sangat setuju merokok hukumnya haram. Jika merokok hukumnya makruh bisa jadi mengganggu orang ikut makruh. Berhenti merokok jauh lebih baik dan lebih dekat pada rakhmat Allah.
LikeLiked by 1 person