Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu.

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya.  Ibunyalah yang mengandungkannya.  Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat.  Selama lebih kurang 9 bulan lamanya.  Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya.  Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan. 

 

فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata: “Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berarti, lagi dilupakan”.  Surah Maryam:  23.

Selepas itu ibu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, membancuh minuman kesukaan anaknya, membasuh kasut dan baju anaknya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya.  Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya.  Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.

Darjat ibu sangat tinggi.  ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa.  Antaranya: 

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.”  –  Surah an-Nisa: 36.

 

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Katakanlah:  Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.”  –  Surah an-An’am:  151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN.  Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa.  Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.

Kita dilarang menderhakai ibubapa.  Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH subhanahu wata’ala.  Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang memerlukan kita untuk bertaubat nasuha.  Justeru, kita wajib patuh kepada mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM.  Walaupun begitu, kita dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara’. 

Hal ini ada diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu ‘alaihi wasallam oleh Imam Ahmad yang maksudnya:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA”.

Mari kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh.

Abu Hurairah r.a berkata:

“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam dan berkata:  Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Kemudian siapa pula?  Nabi s.a.w berkata:  Ibumu.  Dia bertanya lagi:  Kemudian siapa pula?  Nabi menjawab:  Ibumu.  Bertanya lagi beliau:  Kemudian siapa?  Nabi s.a.w berkata:  Bapamu.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Amr bin al-‘As r.a berkata yang maksudnya:

“Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad.  Rasulullah s.a.w berkata:  Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup?  Dia menjawab:  Ya.  Baginda berkata:  Jadi jihad kamu adalah bersama mereka.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:

“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH?  Baginda s.a.w menjawab:  Solat pada waktunya.  Dan berkata aku:  Selepas itu?  Baginda menjawab:  Kemudian memuliakan ibubapa.  Dan aku berkata:  Selepas itu?  Baginda berkata lagi:  Jihad di jalan ALLAH.”  –  Hadith riwayat al-Bukhari.

Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting.  Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad.  Dalam sejarah Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam, pernah Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai ‘penduduk langit’ hanya disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang uzur.  Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w.  Pemuda tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w.  Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w.  Tapi hasrat beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya.  Hatta, Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa dengan pemuda tersebut.  Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni.

Di dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian.  Ini kerana pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita dalam tempoh yang panjang.

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat mengembalikan kita kepada landasan ajaran ISLAM dari segi menghormati ibu dan bapa.  Setiap kita biasa melakukan kesilapan.  Mudah-mudahan kesilapan kita diampuni ALLAH.  Mohonlah keampunan ibu dan bapa kita selagi kesempatan masih ada.

Jagalah adab dan perlakuan kita, jangan sampai menyinggungkan hati mereka.  Sayangilah mereka, dan kalau boleh buatlah mereka sentiasa tertawa.

wAllahu ta’ala a’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
13 Mei 2009


14 responses to “Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu.

  • shahmuzir

    Lirik bagi lagu di atas: (terima kasih shaykha youtube)

    Album: Samtan (In Silence) Lyrics

    CHORUS
    I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
    And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
    And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
    And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
    Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
    my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
    Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
    Happy that you are aliveسرورا في محياك

    How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
    So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
    And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
    So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
    And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
    The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
    And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
    fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
    And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
    and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
    Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
    I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
    And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
    remember throughout my life مدّكرا بها دهري
    “You will never find a heart محال أن ترى صدرا
    more tender towards you than mine” أحن عليك من صدري
    “You will never find a heart محال أن ترى صدرا
    more tender towards you than mine” أحن عليك من صدري

    CHORUS

    obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
    [is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
    Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
    And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
    And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
    has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
    My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
    no human being loves anything like it به أحد من البشر
    You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
    And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
    And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
    My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
    To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
    Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
    And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
    and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر

    CHORUS

    Like

  • Ezza Aziz

    salam…bagus penujisan you ni..akak nak copy and paste kat blog akak..and I mentioned your url sekali…boleh ker

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah…

      Boleh, silakan. Jika ada apa2 yg baik dalam blog ni, dipersilakan utk sebarkannya.

      Mudah2an ALLAH mengganjari segala amalan soleh kita dengan hasanah, amin 🙂 .

      Like

  • SriKanDi

    ana pun nak copy jugak..:) izinkan ye..

    Like

  • linda

    Assalamualaikum,
    Saya ingin minta kebenaran dari saudara untuk copy paste artikel-artikel saudara yang penuh dengan info dan ilmu untuk dikongsi bersama rakan-rakan disebuah laman web jika saudara tidak keberatan. Saya akan sertakan link ke blog saudara sekali. Terima kasih.

    Like

  • shahmuzir

    wa’alaikumussalam warahmatullah…

    Terima kasih buat Linda atas kunjungan. Dipersilakan utk berkongsi dgn rakan2 sekiranya ada manfaat padanya.

    Mudah2an usaha kita diberkati ALLAH, amin…

    Like

  • faizal

    assalaamu ‘alaikum,.. Sy sngt t’trik dgn artikel2 yg d tlis d sni,.. Tmbhn lg, bnyk tntg gnerasi mse kini,.. Trime ksih krne sudi mmbntu masyarakat utk b’muhasabah diri,..

    Like

  • Anak Mak

    Bagus artikel ini. Videonya amat menyentuh hati.
    Izinkan saya utk copy…please ya. Saya akan credit kpd Tuan, jgn risau…

    Like

  • wansiti

    Oh, Uwais al-Qarni ke?
    saya suka baca buku tulisan beliau yang dah diterjemahkan..
    ustaz,
    jenguk Puncak Cahaya di fb..
    saya upload link post ni kat sana..

    terima kasih.
    teruskan menulis ustaz..
    Ada bakat menulis, ustaz.. bila nak buat buku sendiri pula?

    Like

    • Shahmuzir

      Aik, Uwais al-Qarni penulis???
      Uwais al-Qarni yg saya maksudkan ialah seorang tabi`in. Beliau nak sangat jumpa dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, tapi tak dapat kerana menjaga ibunya yang keuzuran. Perbuatannnya itu dimuliakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan beliau terkenal di kalangan penduduk langit.

      Wan Siti toksahlah panggil saya Ustadz ye. Nak hasilkan buku? hehe… menulis ni hanya hobi sampingan. Lagipun, bahasa masih lagi tunggang langgang…

      Like

  • wansiti

    saya dah konfius masa menaip ni… sebenarnya saya pernah baca kisah Uwais al-Qarni yang ditulis.. bukan buku tulisan dia..

    lepas taip komen, ada terfikir-fikir jugak.. betul kah uwais penulis?
    nak tergelak pun ada..
    tapi, x sempat nak perbetulkan.. Maaf di atas kekeliruan..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: