Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.
1. Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2. Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.”
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3. Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.”
(HR Muslim 809)
*Baca di sini untuk ketahui sebahagian usaha bagi melindungi diri dari fitnah Dajjal:
Surah al-Kahfi
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
Klik pada gambar untuk membaca surah al-Kahfi.
KLIK sini kalau nak baca surah al-Kahfi beserta terjemahan dalam BM:
Atau boleh juga klik sini: Al-Quran Flash atau Al-Quran Explorer.
Bacaan surah al-Kahfi oleh Sheikh Sa`ad bin Sa`id al-Ghamidi:
Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita semua dengan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan semoga dijauhkan dari azab api neraka, amin…
ALLAHU A`LAM.
Sekadar menyampaikan,
*Baca juga:
October 14th, 2012 at 1:14 AM
Assalamualaikum.. Sy ingin bertanya pd ayat apakh dr Surah Al Kahfi, dpt sy baca & usapkn di ubun2 anak2 sy sewaktu nyenyak tidur mereka, moga dgn brbuat demikian, anak akn lbh mdengar kata, lembut hati mereka, baik tingkah & perlakuan mereka dan yg paling sy inginkn agar mudh bg mereka bangun pagi untuk mengerjakan solat. Sbg ibu yg hanya seorang diri mendidik anak2 yg smakin mbesar, byk cabaran yg harus sy lalui. Semoga ilmu yg sy perolehi nanti dpt mberi laluan mudah bg sy untuk mdidik anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah. InsyaAllah & terima kasih juga diucapkn.
LikeLike
October 14th, 2012 at 2:20 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Saya tidak pasti tentang itu. Tapi saya ingin mencadangkan puan agar membaca dan mengamalkan doa-doa di dalam tulisan ini:
Ia merupakan doa-doa yang diambil dari al-Quran. In sha’ ALLAH, ia baik untuk zuriat kita.
LikeLike
October 19th, 2012 at 12:04 PM
Terima kasih kawan di atas perkongsiannya. Semoga kita mendapat redha-Nya, aamiin.
LikeLike
November 9th, 2012 at 3:37 AM
terima kasih atas perkongsian yang baik ini. moga dimanfaatkan.
LikeLike
November 9th, 2012 at 12:33 PM
thanks 4 sharing ya :)
mintak tolong follow blog aka saya =)
http://anissmahdi.blogspot.com/
THANKS :)
LikeLike
November 25th, 2012 at 9:14 PM
Syukur perkongian yg baik
LikeLike
February 22nd, 2013 at 3:53 PM
sama2 amalkan…mohon share…
LikeLike
February 27th, 2013 at 10:10 AM
Assalamulaikum
**Terima Kasih Tuan,
***hamba yg hina ini mohon sharing…
LikeLike
February 27th, 2013 at 1:22 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah…
Hamba yang hina ini sungguh gembira kerana ada orang yang sudi baca dan share :)
LikeLike
April 27th, 2013 at 10:05 PM
assalamualakum..terima kasih atas segala ilmu yang dikongsi..hanya Allah yang dapat membalasnya
LikeLike
April 29th, 2013 at 2:36 PM
wa`alaikumussalam warahmatullah. Jazakallahu khairan kerana sudi membaca, beramal dan menyebarkan tulisan ini.
LikeLike
May 22nd, 2013 at 3:21 PM
ASALAMUALAIKUM,TRIMA KASIH MENGONSI ILMU YG BAIK INI
LikeLike
July 12th, 2013 at 1:02 PM
As Salam.. minta share maklumat ini dengan rakan2 saya..
LikeLike
July 12th, 2013 at 7:06 PM
wa`alaikumussalam… Silakan :)
LikeLike
December 7th, 2013 at 11:41 AM
baca surah thoha ayat 1-5…insyaAllah, anak2 akan mendengar kata.
LikeLike
January 17th, 2014 at 7:13 PM
Sy amat gembira ada surah2 tentang kelebihannya. Tapi apa yg sy kurang senang jika ada sponsor website tentang tigertwist. Apa tujuan sebenarnya klu ilmu tidak ikhlas di campur aduk dengan benda haram.
LikeLike
February 19th, 2014 at 4:33 PM
Assalamualaikum wrt wbt… jazakallahu khayran kasira atas perkongsian ini…:) Jom sama2 raih kelebihan surah ini dgn membacanya… di sini saya nak kongsikan tips utk menghabiskan surah al-kahfi ni pd hr Jumaat terutamanya bagi mereka2 yang sibuk…
http://marvix8.wordpress.com/2013/10/31/tips-menghabiskan-surah-al-kahfi/
semoga bermanfaat…. :)
LikeLike
October 8th, 2014 at 9:04 AM
Alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian saudara. Mohon izin untuk saya kongsikan dengan teman-teman saya juga ya :)
LikeLike
October 17th, 2014 at 8:24 AM
Sy suka dgn blok tuan, terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ..
LikeLike
December 23rd, 2017 at 9:59 PM
JOM BACA & HAFAL SURAH ALMULK
Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Ada suatu surat dari al qur’an yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sampai dia diampuni, yaitu: “Tabaarakalladzii biyadihil mulku… (surat Al Mulk)” (HR. Tirmidzi no. 2891)
https://www.facebook.com/surahalmulk1/
http://surahalmulk.blogspot.my/
LikeLike