Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan

Dalam usaha ramai ahli masyarakat mahu berhijrah kepada institusi kewangan Islami hasil dari insafnya mereka bahawa riba itu haram, riba itu dosa besar, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak dilupuskan wang yang terhasil dari riba yang selama ini mereka telah perolehi, bukan?  Sebenarnya ini adalah antara soalan-soalan yang selalu ditanya oleh kaum muslimin kita yang benar-benar sudah taubat dari terlibat dengan sistem kewangan riba.  Adakah mahu dibuang duit haram itu?  Bolehkah pula digunakan?  Atau bagaimana caranya untuk melupuskannya?

Tentu ramai sudah mendapat jawapan hasil dari diskusi dan ceramah mengenai hal ini.  Ya, wang haram yang terhasil dari ‘bunga’ atau interest dari institusi kewangan konvensional tidak boleh dimanfaatkan oleh kita.  Contohnya, jika si A memperolehi duit riba hasil dari perbankan konvensional, maka duit itu tidak boleh dimanfaatkan olehnya dan ahli keluarganya.

Lalu, bagaimana?  Adakah mesti dibuang wang haram itu?  Tidak, jangan pula dibuang.  Walaupun tidak boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri dan keluarga, namun ia masih boleh memberikan manfaat kepada masyarakat lain.  Antaranya diserahkan kepada:

  • Institusi baitulmal,
  • pusat zakat
  • pihak lain yang memerlukan, contohnya faqir dan miskin.

Para ilmuan agama yang membicarakan hal ini juga selalu memberikan contoh bahawa duit haram sebegitu boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur awam seperti:

  • membina tandas orang ramai,
  • pagar masjid/sekolah,
  • menambahbaik kemudahan awam,
  • membina tempat letak kereta,
  • membina jambatan
  • jalanraya/lebuhraya.

Di dalam tulisan ini, saya ingin mewar-warkan suatu peluang atau jalan untuk anda melupuskan harta haram tuan/puan.  Selain melupuskan harta yang terbit dari institusi riba dan haram, tuan/puan juga amat digalakkan untuk berinfaq jariah melalui harta tuan/puan yang lain.  Peluang ini boleh dijadikan alternatif buat tuan/puan dalam merebut kesempatan yang diberikan ALLAH Ta`ala untuk berbuat kebaikan.

Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai

Hari ini, 28/5/2012 satu majlis pecah tanah sempena pembinaan lebuhraya bagi menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Kerai telah diadakan melibatkan kerajaan negeri Kelantan.  Dan yang menariknya lebuhraya ini tidak dibina plaza tol di atasnya sebagaimana lebuhraya-lebuhraya yang banyak berselirat di lain-lain negeri.  Beruntunglah rakyat negeri Kelantan.  Terserlah keimanan dan keikhlasan pemimpin negeri ini yang sarat jiwanya dengan kebajikan kepada rakyat.

Pecah Tanah projek

Gambaran projek

Lebuhraya ini dinamakan sebagai Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai.  Kos pembinaan lebuhraya tanpa tol ini dianggarkan menelan belanja RM1.8 bilion dan akan dibina sejauh 73km dengan 4 lorong 2 hala serta dilengkapi kawasan R&R.  InsyaALLAH tempoh pembinaan akan mengambil masa selama 3 tahun.  Walaupun dikatakan kononnya negeri termiskin (konon), namun mereka mampu membina lebuhraya mereka sendiri tanpa terpaksa menunggu  ‘pihak lain’ yang telah banyak kali berdolak-dalih sekian lama.  Yang lebih istimewa, tidak akan ada kutipan tol.  Dan pembinaannya ditampung sebahagiannya dari sumbangan orang-ramai.

Sumbangan orang ramai

Semoga ALLAH terima amalan kebaikan masing-aming, amin…

ALLAHU AKBAR!  Saya terharu apabila mendapat tahu Tuan Guru Nik Aziz menitiskan air matanya mengharapkan keredhaan ALLAH agar usaha ini berjaya.  Dan tentunya beliau juga terharu dengan keprihatinan rakyat di dalam negeri dan di luar negeri Kelantan yang turut sama menyumbang ke arah pembinaan lebuh raya ini.

Tuan/puan boleh ikuti perkembangan berita ini di Facebook yang diwujudkan khas, iaitu:  https://www.facebook.com/lebuhrayakbkk

Sumbangan Dalam Bentuk Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai bagaimana wang anda itu boleh disalurkan:

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
No Akaun:  03036 01 000 3031 (Bank Islam)

Semoga ALLAH menerima sumbangan kalian sebagai hasanah di sisiNYA.  Dan semoga harta-harta haram yang kalian lupuskan kepada projek ini diterima oleh ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sebagai permohonan maaf dan tanda taubat kalian yang sebenar.  Dan semoga harta dan kehidupan kalian dibersihkan ALLAH Ta`ala dan diberikan keberkatan, amin.  Selepas ini. jangan lagi terlibat dengan institusi kewangan riba dan apa-apa yang berkaitan dengannya ya.

Semoga apa-apa yang baik yang diniatkan dan diusahakan menjadi kenyataan, memberi kebaikan kepada rakyat teramai dan diterima ALLAH sebagai amalan-amalan soleh, amin.

Sekadar mewar-warkan,

muzir.wordpress.com
28 Mei 2012

7 responses to “Infaq Jariah & Pelupusan Harta Haram Bagi Membina Lebuhraya di Kelantan

  • kanser payudara

    Terbaik dan saya doakan semyanya akan berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan…

    Like

  • Yuz

    Tuan Munzir, izinkan saya share ke lama Islamic Halaqah sebagai bahan artikel di lama tersebut.

    Like

  • zhou

    Di Indonesia juga ada gerakan infaq/wakaf projek yang lebih besar impaknya buat umat islam antarabangsa iaitu cadangan pembinaan/operasi WAKAF SUQ/PASAR MUAMALAH untuk pedagang/peniaga yang menggunakan wang shariah-Dinar dan Dirham yang pertama di Nusantara….tanpa cukai, tanpa riba, tanpa wang kertas…kecuali fulus…! Baca website : http://www.diniharidinar.com dan wakala.induknusantara. Ada seorang dermawan telah menginfakkan 1,000 Dinar Emas…..masya Allah dan banyak lagi juga dari Malaysia !

    Like

  • Ahmad JB

    Assalaamualaikum :) Terima kasih di atas pos yg bermanfaat ini.
    Saya ingin bertanyakan, perihal wang KWSP (70% daripada 35% pendapatan). Saya mengenali seorang pelajar, yg berasal dari negara luar. Beliau mempunyai masalah kewangan utk membayar yuran tuisyen dan juga sara hidup bulanan. Adakah boleh jika wang itu diberikan kepada beliau? Kalau diikutkan, saya berfikir (walau bagaimanapun, pemikiran saya mungkin salah)… beliau tergolong dalam salah satu akterogi, atau kedua2nya?

    1) Seorang yg sedang berjuang utk menuntut ilmu (fi sabilillaah). Oleh yg demikian, seolah2 seperti beliau layak menerima zakat? Namun, adakah wang ini boleh diberikan sebagai zakat? Saya rasa mcm tak sesuai

    2) Seorang yg tidak mempunyai wang dan dalam keadaan sempit. Adakah beliau tergolong dalam kategori ‘miskin?

    Terima kasih saya dahulukan :D

    PS:- saya sudah cuba berhubung dengan Ust Zaharuddin mengenai perkara ini. Namun saya rasa inbox beliau terlalu penuh dan beliau terlalu sibuk sehinggakan masih belum dapat membalas email saya.

    Like

  • Ahmad JB

    Assalaamualaikum :) Terima kasih di atas pos yg bermanfaat ini.
    Saya ingin bertanyakan, perihal wang KWSP (70% daripada 35% pendapatan). Saya mengenali seorang pelajar, yg berasal dari negara luar. Beliau mempunyai masalah kewangan utk membayar yuran tuisyen dan juga sara hidup bulanan. Adakah boleh jika wang itu diberikan kepada beliau? Kalau diikutkan, saya berfikir (walau bagaimanapun, pemikiran saya mungkin salah)… beliau tergolong dalam salah satu akterogi, atau kedua2nya?

    1) Seorang yg sedang berjuang utk menuntut ilmu (fi sabilillaah). Oleh yg demikian, seolah2 seperti beliau layak menerima zakat? Namun, adakah wang ini boleh diberikan sebagai zakat? Saya rasa mcm tak sesuai

    2) Seorang yg tidak mempunyai wang dan dalam keadaan sempit. Adakah beliau tergolong dalam kategori ‘miskin?

    Terima kasih saya dahulukan :D

    PS:- saya sudah cuba berhubung dengan Ust Zaharuddin mengenai perkara ini. Namun saya rasa inbox beliau terlalu penuh dan beliau terlalu sibuk sehinggakan masih belum dapat membalas email saya.

    Like

  • Dan

    Saya datang dari masa hadapan.
    Saya masih belum sempat nak guna Lebuhraya Rakyat Kelantan ni. Harapnya suatu hari nanti saya berpeluang menggunakkannya untuk melancong ke Negeri Serambi Mekah.

    Like

Leave a comment