Alhamdulillah, Mereka Sebut “ALLAH”

ALLAH lah yang mencipta manusia, matahari, bulan, awan, langit, bumi, pantai dan semuanya.

Ahmad, Joseph, Muthu dan Lim sedang duduk minum di kedai kopi menikmati tea-break mereka.  Dalam perbualan mereka, terselit perbualan berikut:

Ahmad:  “Joseph, siapa yang jadikan kamu?”

Joseph:  “ALLAH”

Ahmad:  “Muthu, siapa yang beri kamu rezeki?”

Muthu:  “ALLAH”

Ahmad:  “Ah Lim, siapa tuhan yang jaga dan urus alam ini?”

Lim:  “ALLAH”

Ahmad:  “Alhamdulillah”

Ahmad yang mendengar jawapan-jawapan yang diberikan oleh rakan-rakan sekerjanya itu berasa lega kerana mereka mengakui bahawa tuhan yang menjadikan, yang memberikan mereka rezeki dan menjaga alam ini ialah ALLAH.  Lantas Ahmad mengucapkan ‘alhamdulillah’ kerana bersyukur dapat mendengar jawapan tersebut dari mulut rakan-rakannya yang belum beragama Islam itu.

Walaupun mungkin konsep yang mereka faham mengenai ALLAH itu tidak tepat yakni mengikut doktrin kepercayaan dan agama mereka.  Tetapi sekurang-kurangnya bagi Ahmad ia suatu yang penting untuk diterima iaitu mengakui bahawa ALLAH itulah yang menjadikan mereka, yang mengurniakan kepada mereka rezeki dan yang mengurus tadbir alam ini.  Tinggal satu lagi perkara iaitu meluruskan kefahaman yang sebenar tentang siapakah ALLAH yang sebenar dan mengajak kepada mentauhidkanNYA (meng-esa-kan ALLAH).

Walaupun mungkin konsep yang difahami oleh Joseph si penganut Kristian, Muthu si penganut Hindu dan Lim si penganut Buddha tidak sama dengan konsep yang difahami oleh Ahmad si penganut Islam, namun ia permulaan yang baik untuk Ahmad mendakwahkan ajaran tauhid kepada rakan-rakannya.  Dan Ahmad faham itulah tugasnya selepas ini.

  • Tahap pertama:  Mengakui bahawa ALLAH ialah tuhan.
  • Tahap kedua:  Menjelaskan sifat-sifat ALLAH yang sebenar dan mentauhidnya.

Apa kata ALLAH?

Apa yang dilakukan oleh Ahmad di atas adalah suatu yang dicontohi dari apa yang ALLAH suruh kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam seperti yang disebut di dalam 2 ayat al-Quran di bawah.  Iaitu supaya bersyukur dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ jika orang-orang kafir mengakui bahawa ALLAH lah tuhan.

ALLAH Ta`ala berfirman:

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah al-`ankabut, 29:63)

Dan firman ALLAH dalam surah yang lain:

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”  Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah Luqman, 31:25)

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kefahaman salah mereka tentang sifat-sifat dan ketauhidan ALLAH.

Jadi, masalah inilah yang diambil tindakan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan orang-orang yang mengikuti Baginda untuk diselesaikan.  Iaitu dakwah kepada mengenal ALLAH, sifat-sifatNYA dan mentauhidkanNYA.  Hal inilah perlu dijadikan keutamaan dalam dakwah, bukannya menggelabah apabila orang kafir menyebut ALLAH sebagai tuhan mereka.  Apatah lagi jika menjadikannya sebagai isu.  Sekali lagi ingin disebut dan ditekankan:  KEUTAMAAN DAKWAH.

Semoga tulisan ringkas ini dapat memberikan kita semua akan petunjuk bagaimana untuk memilih tindakan kita apabila ada orang yang belum-Islam mahu menggunakan nama ALLAH sebagai nama tuhan.  Saya juga pernah menulis hal seumpama ini dalam tulisan berikut pada tahun 2010 sewaktu isu ini menjadi panas dahulu:

Selepas ini terpulanglah kepada kita samada mahu memilih tindakan yang macam mana?  Adakah mahu:

  1. Marah-marah dan membantah dengan kekerasan?  ATAU,
  2. Menerimanya dengan tenang dan menyusul dengan tindakan memberikan penjelasan siapakah sebenarnya ALLAH?

Allahu A`lam.  SubhanAllah.

- muzir.wordpress.com


16 responses to “Alhamdulillah, Mereka Sebut “ALLAH”

  • Anonymous

    Lepas ni kita akan lihat banyak premis perniagaan akan menjual patung-patung Allah. Seni Khat kalimah Allah juga akan terpangpang dalam gereja, kuil atau tokong. Tahniah!!

    • Shahmuzir

      Tulisan ini ditulis berdasarkan dua firman ALLAH di atas. Orang beriman apabila sampai padanya kata-kata ALLAH, maka dia ikut sahaja. Dia dengar dan taat.

      Adapun apa yang tuan andai itu, ia cuma andaian sahaja. Jika itu berlaku, tentulah orang beriman tidak setuju dan pendakwah kena bangkit terangkan bahawa patung itu bukan ALLAH. Lalu menerangkan siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA serta mengajak kepada mentauhidkan ALLAH.

    • Anonymous

      jgn terlalu takut sbb Allah dah terangkan dalam Alquran. saudara tak paham Quran atau tak yakin dengan Quran?bezanya cara mereka mentauhidkan Allah. Allah tidak pernah melarang sebab “alhamdulillah hi rabbil A’lamin” maksud die jelas yang Allah ini adalah tuhan sekelian alam….

  • Mohd Ahmadi B Rafie

    Mohon share tuan..
    Terima kasih..

  • Shahmuzir

    Kenyataan media Majlis Syura Ulama PAS Pusat mengenai isu penggunaan kalimah “ALLAH”:

  • C++

    Bhai Muzir…

    Gua terpaksa chilok artikel bagoosh nih untuk dikongsikan kepada pembaca blog gua… harap diizinkan…

    Jazzakallah Khairan Khatira..

  • Shemz

    Menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka dalam percakapan harian berbeza daripada menterjemahkan Tuhan atau God sebagai ALLAH.

    Mengiyakan dan membenarkan dan menyokong mereka (kristian) menterjemahkan ‘God’ sebagai ALLAH yg beranak dan diperanakkan dan satu dalam tiga, Bapak, Anak dan Ruhul Quddus adalah salah dan jatuh kepada menyokong dan mengiayakan kemyrikan mereka dan mencemar kesucian kalimah tauhid, lafz al jalalah.

    • Shahmuzir

      Ya, saya setuju.

      Dulu, di negara ini kaum lain tak biasa sebut ALLAH. Biar hari ini mereka sebut nama ALLAH sebagai tuhan dalam percakapan harian. Inilah yang mesti kita perhebatkan. Daripada kata tuhan turunkan hujan, tuhan jadikan kamu…kita sebut pula ALLAH turunkan hujan, ALLAH jadikan kamu ketika berbual dengan yang belum-Islam supaya mereka dapat terima sedikit demi sedikit bahawa ALLAH lah tuhan.

      Mengenai penggunaan kalimah ALLAH dalam bible, ada banyak sudut kita boleh tengok. Dalam uruf di Malaysia, keadaan itu tak sesuai dan boleh mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat dari sudut aqidah dan keharmonian. Allahu A`lam.

  • Shemz

    maaf, kemyrikan – tersalah taip >>>> kemusyrikan

  • Siapakah ALLAH? « Kerana DIA…

    [...] Alhamdulillah, Mereka Sebut “ALLAH” [...]

  • min

    Lepas tu, tanya balik Joseph dan Muthu, yang kamu jawab ALLAH ni…. ALLAH kamu atau ALLAH saya?…..
    Kalau mereka anggap Allah dari konteks agama Islam, takpe….tapi kalau mereka anggap Allah dari konteks agama mereka, besar impaknya tuh…

  • Muhammad

    Tuan Muzir tolong buat kajian impak penggunaan kalimah allah oleh agama lain di indonesia….tak mau bila dah terantuk baru nak tergadah….Saya tak rasa depa berniat baik bila buat permintaan nak guna kalimah allah………..harap orang islam melayu jangan dok terlalu lembik dalam isu ni…….banyak cara lain nak berdakwah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,865 other followers

%d bloggers like this: