Adakah Malaysia Negara ISLAM?

Adakah Malaysia negara ISLAM?  Banyak perdebatan di kalangan masyarakat umum tentangnya.  Sebahagian kita mengatakan “Malaysia bukan negara ISLAM”.  Sebahagian pula mengatakan, “Ya, Malaysia negara ISLAM”. 

Dalam kepelbagaian pendapat itu, pasti majoriti dari kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia ingin melihat bahawa sistem Islami dapat dilaksanakan keseluruhannya di Malaysia.  Merangkumi sosial, politik, ekonomi, kewangan, perundangan dan lain-lain.

Apa yang kita lihat di Malaysia, suasananya masih belum mencapai apa yang digambarkan sebagai negara ISLAM.  Usahkan suasana Islami, malah masyarakat sering dalam ketakutan disebabkan oleh pelbagai kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi mutaakhir ini.  Fenomena ini sangat merisaukan kita.

Alangkah bagusnya jika hukum-hukum yang disyariatkan ALLAH subhanahu wata’ala di dalam al-Quran dapat dilaksanakan di negara kita.  Pastinya, kes-kes jenayah dapat dikurangkan jika tidak dapat disifarkan.  Pastinya, bakal penjenayah berasa gerun dengan hukuman-hukuman yang tersedia.  Dan pastinya juga nyawa, agama, akal, harta dan keturunan ummat manusia akan terbela.  Dan itulah tujuan hukum syariah.

Bagi merungkai samada Malaysia adalah negara ISLAM atau tidak, barangkali analogi berikut boleh diambil untuk memudahkan kita berfikir, insyaALLAH: 

MUSLIM – Seseorang yang beragama ISLAM telah dilihat tidak solat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat, malah melakukan beberapa perkara dosa.

Apakah yang patut kita buat sebagai seorang muslim?  Saya rasa majoriti bersetuju bahawa kita mesti menasihati beliau, memberitahu akan hukum-hakam ISLAM yang wajib ke atasnya dan seumpamanya.  Malah pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas beliau.  Setuju?

BUKAN MUSLIMSeseorang yang bukan beragama ISLAM telah dilihat tidak solat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat dan melakukan beberapa perkara yang dihukumkan dosa mengikut agama ISLAM.

Wajarkah kita tegur dia kenapa tidak solat?  Kenapa tidak berpuasa?  Kenapa tidak menunaikan zakat?  Bolehkah kita memaksa ke atas beliau untuk mengamalkan ajaran ISLAM sedangkan beliau bukan seorang muslim?

Melihatkan tamsilan di atas, wajar untuk kita sama-sama mengakui bahawa Malaysia adalah negara ISLAM.  Supaya kita ummat ISLAM berhak menasihati, menegur, mendesak dan mengkritik untuk dibawa Malaysia ke landasan yang asal, iaitu ISLAM.

Malaysia mungkin kita boleh lihat sebagai seorang yang sudah muslim, tetapi belum mengamalkan sepenuhnya ajaran ISLAM.  Sebagai seorang muslim, dia mesti menerima hukum ISLAM.  Dan kita wajar, malah mempunyai hak ke atasnya dalam membentuknya supaya kembali kepada ISLAM.  Tatkala seseorang memeluk ISLAM, dia mesti menyerah diri sepenuhnya kepada ISLAM.

Tetapi, jika Malaysia tidak dianggap sebagai negara ISLAM, kita tidak dapat memaksa untuk ISLAM dijadikan sebagai sistem negara.  Kerana, dia bukan ISLAM.  Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (ISLAM) bagi yang bukan ISLAM.

Perjalanan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem ISLAM sepenuhnya adalah proses yang panjang.  Sejak ia merdeka sampai ke hari ini, telah banyak perkembangan positif dari sudut perlaksanaan unsur-unsur Islam telah dimasukkan.  Ini semua adalah perjuangan ummat ISLAM dari pelbagai pihak terutama sumbangan dari ahli cendekiawan dan ulama, serta desakan dari NGO dan harakah Islamiyyah.  Mereka merasakan bahawa negara ini negara ISLAM dan wajar Malaysia ini diberi bentuk yang sepatutnya sebagai negara ISLAM yang lengkap.  Malah, perlembagaan negara turut mengesahkan bahawa Malaysia adalah negara ISLAM.

Seperti negara yang melalui proses itu, kita juga dalam proses menjadikan diri kita sebagai seorang muslim yang benar-benar telah menyerahkan diri kepada ALLAH.  Banyak yang perlu kita perbaiki dan pertingkatkan supaya kita yang sudah muslim ini dapat melaksanakan 100% apa yang digariskan ALLAH melalui al-Quran dan as-Sunnah.

wAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
16 Jun 2009


14 responses to “Adakah Malaysia Negara ISLAM?

  • islami sohbet

    very nice to blogs tanks admin

    Like

  • izwan 5 taat

    sekiranya umat islam itu sendiri bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain seperti yang di sarankan oleh junjungan besar nabi muhammad,tnpa adanya perbezaan politik yg mybbkn kita smkin lupa psanan baginda,kita smmgnya boleh mmbina ngara islam yg shumul(lengkap)…ttpi mlihtkan keadaan landskap politik kita pada hari ini,amat sukar untuk di capai kesemua ini memandangkan umat islam itu sndiri yg mhukan prpechan…sdgkn nabi prnh brkata apabila sakit salah satu anggota badan sseorang itu,maka yg lain akn trut mrasa skit dan brjaga mlm..tp di ngara yg trcinta ini amt skr untuk mliht umat islam bersatu…mreka trlmpau tksub myokong ssuatu pmimpin..saya trut mrasa sdh mlihtkn sdikit dmi sdikit maruah umat islam di cbr trutamanya yg mlibtkan perlembagaan persekutuan dan hak istimewa org melayu di usik oleh tangan2 yg nakal…sya tidk mahu ngara saya jd sperti palestin yg mana pmimpinnya brttelagah ssama sndiri.lebih truk lagi mreka ini bertuhankan ALLAH YANG ESA….bersatu kita teguh,bercerai kita roboH..

    Like

  • Ali

    Assalamu’alaikum akhi..
    Salam kenal saya dari indonesia. Saya merasa malaysia jauh lebih bagus menerapkan syariah islam daripada indonesia. Jumlah umat muslim di sini terbesar di dunia, tapi tak mencerminkan sebagai negara islam. Pemimpin kami liberal, sama seperti mesir, palestina, dan negara muslim lain di dunia. Keimanan umat pun semakin lemah. Banyak perempuan muslim tak berjilbab, tengoklah ibu negara kami. Sungguh kami malu. Pemimpin kami hanya memikirkan kekuasaan. Banyak orang sholeh dan ulama di indonesia. Tapi sangat sedikit yang masuk bidang politik. Itu pun banyak yang dari Jaringan Islam Liberal (JIL). Sehingga makin liberal lah negara kami. Oleh karena itu, akhi harus bersyukur tinggal di malaysia. Umat muslim di indonesia rindu suasana islami dan ingin khilafah terbentuk, supaya muslim di dunia dapat bersatu dan membebaskan umat islam dari pemerintahan sekular.
    Jazakallah khairan katsiron..
    Assalamu’alaikum wr.wb

    Like

    • shahmuzir

      wa’alaikumussalam warahmatullah.
      Saya bersetuju dengan tulisan akhi :)

      Untuk tertegaknya daulah Islamiyyah, kita semua mesti berperanan. Paling kurang bentuk diri sendiri dan ahli keluarga supaya menepati acuan ISLAM…

      Like

  • Megat Rais

    Salam tuan-tuan.

    Pasti! Peranan itu semua perlu ambil. Tidak cukup seorang. Perintah Allah itu perlu berjemaah.

    Sama-sama kita.

    Rais

    Like

  • gearsonic23

    assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.salam perpaduan.salam 1 malaysia.salam 1 dunia.salam seumat.salam seagama dan salam seaqidah.

    gembira dapat baca tulisan nie.saya cuma nak tanya.memang kita boleh laksanakan hukuman islam.cth mencuri potong tangan.
    kalau rakyat yang bukan agama islam, kita nak potong ker? boleh ker?

    Like

  • trevor

    gearsonic23:
    tidak boleh kita potong tgn rakyat yg bukan islam kerana kita semua tahu yang negara ini bukannya negara islam tetapi sebuah negara yang berpaksikan demokrasi berparlimen.

    Like

    • Anonymous

      i think byk lg yg perlu d fkirkan untuk menjadikan negara kita benar-bnr islam….ini kerana bg org yg blajar jurusan undang-undang msti tau apakah limitasi yang akan dihadapi dalam menerapkan islam sebagai dasar negara…pertama nya aspek undg2 perlulah dikaji dgn mendalam..keterikatan kita dgn sej terdahulu n perlembagaan…pd saya adalah lbh baik kita bgini daripada menggubah apa yg sepatotnya kita ubah tetapi lbh mndtgkan mafsadah drpd maslahah am..amin

      Like

  • neutrona

    Di manakah bukti bertulis yg mendekelarasikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam??

    Berdasarkan pandangan undang-undang,( Article 3 (1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.) artikel ini x boleh dijadikan Islam sebagai negara Islam kerana tiada kata2 jelas mendeklarasikan MALAYSIA IS A ISLAMIC FEDERATION…

    Bahkan dalam article 4 (1) This Constitution is the SUPREME of the FEDERATION and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the incosnsistency, be volid.

    Kerana artikel ini juga Law of Hudud x dapat dilaksanakan… So, boleh dapatkan x bukti dalam perlembagaan yg mengatakan MALAYSIA NEGARA ISLAM?

    Pada pebdapat saya, Malaysia is hybrid.. Separa sekular separa Islam… kerana negara kita mengamalkan perkonsgian kuasa antara agama (penganutnya aka pemimpin politik)…

    Like

  • Saya Malaysian

    Hybrid is the bez way to describe our country…Im Malaysian….Malaysia 2 ape? Negara majmuk? We need need to think about others religion..kita jadi negara Islam tanpa memantau pandangan setiap individu yang ada di negara kita…about 2.0 mili…is Christian..religion y kita persetujui sebelum merdeka lagi untuk berada di malaysia…syarat dia…agama rasmi,is islam..tpi..kita bkan negara Islam.Because,some people need to be free from all of this.TQ.

    Like

  • Schani

    Saya tidak bersetuju dengan pendapat “Saya malaysian” ia mmg tidak dinafikan negara kita terdiri dari pelbagai bangsa , kaum dan agama . Tetapi jika anda lihat kepada realiti bangsa melayu-islam adalah MAJORITI di Malaysia dan seWAJARnya sebagai khalifah atau penyambung legasi pemerintahan daulah islamiah melaksanakan hukum Allah syariah sepenuhnya seperti di iran. Perlembagaan kita tidak meletakkan Allah SWT sebagai kuasa tertinggi dan teragung. Corak pemerintahan politik di Malaysia tidak melaksanakan dasar Islamik sepenuhnya serta undang2 barat dan secularism . Apa yang perlu kita bimbangkan sekiranya kita menjadikan negara Malaysia sebagai “Islamic states” walhal kita pnganut islam adalah majoriti ? bukankah zaman khulafa Ar-rasydin dan empire2 islam yg terdahulu telah berjaya membuktikan kejayaan mereka dlm menyatupadukan rakyat walaupun berbilang bangsa dan agama dibawah pemerintahan Daulah khilafah? sewajarnya kita mencontohi corak pemerintahan mereka dan seterusnya bangkit meneruskan delegasi kesatuan ummah diseluruh dunia dibawah Daulah khilafah yang di pimpin oleh seorang khalifah. TQ

    Like

    • Shahmuzir

      Saya setuju mesej saudara. Tapi yang ni saya tak setuju:

      “legasi pemerintahan daulah islamiah melaksanakan hukum Allah syariah sepenuhnya seperti di iran.”

      Iran bukan didasarkan kepada Islam yang sumber utamanya ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi mereka berdasarkan kepada Syi`ah iaitu suatu kepercayaan yang di luar dari Islam.

      Semoga ALLAH membuka pintu hati para penganut Syi`ah untuk menganut Islam yang sebenar, amin…

      Like

      • Schani

        saya bukan bermaksud negara kita perlu menjadi seperti Iran dari segi akidah . Tetapi semangat Islamik yang dibawa oleh mereka menerusi obor revolusi menentang sekular dan budaya barat yang merebak disana. Mengapa tiada satu pun negara Sunni tidak mampu bangkit melawan sistem barat demokrasi dan pendidikannya? mengapa hanya Iran Syiah sahaja yang mampu lakukan? ini menjadi tanda tanya dan hikmah kepada kita (sunni) bahawa perlu adanya suatu gelombang kebangkitan Islam di dunia Arab dan Asia.

        Like

        • Shahmuzir

          Mungkin saudara terlupa wujudnya negara ahlus sunnah wal jama`ah yang hebat mendirikan tauhid di atas muka bumi ALLAH ini. Iaitu Arab Saudi.

          Pendidikan mereka tidak berteraskan sekular moden. Perlembagaan mereka berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Hukuman hudud dilaksanakan. Dan banyak lagi.

          Jangan hanya mengakui Iran sahaja negara contoh. Cuba pandang bumi lain yang Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi ada di situ. Allahu A`lam :)

          Like

Leave a comment