Pada Haiwan Ada Pahala

Ada seorang pemuda bertanya kepada saya apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti?  Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?  Atau bagaimana?

Walaupun jawapannya saya tahu, tetapi banyak perkara yang saya tahu dulu telah tidak sah lagi.  Ilmu-ilmu yang dulu saya dapati melalui pembelajaran, kuliah, ceramah dan pembacaan perlu dimurnikan dan dipastikan kesahihannya berdasarkan nas yang benar.  Jadi, sebelum saya menjawab kepada pemuda itu, saya memeriksa dahulu di arkib soal-jawab al-Ahkam.net:

Berikut ini jawapannya:

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.  Allah akan mengarahkan mereka : ‘Jadilah debu!’. Maka berkatalah orang kafir : ‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ‘(Surah al-Naba’ : 40]. Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala”

[Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir ‘an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa’, 2003].

Ya, mereka menjadi debu.  Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

Membaca jawapan di atas bisa membuatkan kita berasa insaf dalam banyak aspek.  Dalam tulisan ini, saya ingin menyentuh satu aspek yang terngiang-ngiang di fikiran saya beberapa hari ini.  Iaitu tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh ALLAH Ta`ala?

Sudah tentunya ada manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia.  Khususnya untuk manusia sebagai khalifah di bumi ini.  Tidak mungkin sia-sia ALLAH jadikan haiwan dan segalanya.

ربنا ما خلقت هذا باطلا

“Tuhan kami, tidaklah ENGKAU jadikan semua ini sia-sia.”

Saya terbayangkan seekor kucing :

cute-kitten-wallpaper

Kucing ini pada Hari Akhirat nanti akan menjadi debu.  Terhenti setakat itu.  Tidak masuk ke Syurga dan tidak pula ke Neraka.

Sedangkan kita manusia tidak terhenti setakat itu.  Kita ada urusan yang lebih besar menanti.  Selepas dihisab, kita seterusnya akan diberi nikmat ataupun diazab.  Samada menjadi ahli Syurga atau menjadi ahli Neraka.

**Moga-moga ALLAH Ta`ala jadikan kita ahli Syurga dan melindungi kita dari api neraka, amin.

Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja.  Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu.  Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti.

Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara ada ujian ALLAH untuk kita.  Samada kita berbuat baik atau zalim dengannya, semuanya akan dicatit.  Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, maka lakukanlah kebaikan kepadanya.  Antara yang baik boleh kita lakukan ialah:

  • Menyantuninya.
  • Memberinya makan atau minum.
  • Menyediakan tempat tinggal.
  • Mengubatinya jika ia sakit.
  • Menolongnya jika ia terjatuh atau tersekat.
  • Menemukan dia dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya.
  • Dan sebagainya.

Itu semua bisa memberatkan catitan amal pahala kita.  Seterusnya dapat mendekatkan kita kepada redha ALLAH Ta`ala dan SyurgaNYA.

Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita menambah dosa dengan menyepaknya, dengan mengherdiknya, dengan menipunya, dengan menderanya dan lain-lain yang bisa menyakiti hati dan tubuhnya.

Itu jika kucing.

Sama jugalah dengan haiwan-haiwan lain.  Pada semua haiwan samada ia boleh dimakan atau tidak, diternak atau tidak, semuanya boleh kita ambil manfaat untuk Hari Akhirat kita, bukan sekadar manfaat dunia sahaja.

Mereka semua akan jadi debu nanti.  Tidak kita!

Antara cara menyemai benih pahala untuk dituai pada Hari Akhirat ialah berbuat baik kepada haiwan.

Antara cara menyemai benih pahala untuk dituai pada Hari Akhirat ialah berbuat baik kepada haiwan.

Justeru, di dunia inilah medan kita membenih pahala.  Haiwan-haiwan ini boleh menjadi sebab untuk kita beroleh pahala atau dosa.  Jadi, manfaatkanlah kehadiran haiwan-haiwan ini untuk nasib yang baik pada Hari Akhirat nanti.  Janganlah zalimi mereka.  Tetapi, sayangilah mereka dan berlaku adillah.  Moga-moga ia memberatkan lagi catitan amal soleh kita, amin…

Haiwan-haiwan ini boleh dijadikan ‘mesin pahala’ kepada kita.  Iaitu melalui mereka, kita dapat menjana pahala kebaikan dari sisi ALLAH Jalla wa A`la.  Jangan sampai ia menjadi ‘mesin dosa’ kepada kita pula.  Jadi, ia terpulang kepada kita untuk memilihnya:

  • Memilih untuk mendapat pahala melaluinya.  Atau:
  • Memilih untuk mendapat dosa melaluinya.  Atau:
  • Memilih untuk tidak berbuat apa-apa.

Sebelum mengakhiri celoteh ini, ada baiknya kita sama-sama fahami hadith berikut yang diriwayatkan  oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

بينما رجلٌ يمشي بطريقٍ ، اشتدَّ عليه العطشُ . فوجد بئرًا فنزل فيها فشرب. ثم خرج . فإذا كلبٌ يلهثُ يأكلُ الثَّرى من العطشِ . فقال الرجلُ : لقد بلغ هذا الكلبُ من العطشِ مثلَ الذي كان بلغ مني . فنزل البئرَ فملأ خُفَّه ماءً ثم أمسكه بفيه حتى رقِيَ . فسقى الكلبَ فشكر اللهُ له . فغَفر له . قالوا يا رسولَ اللهِ ! وإنَّ لنا في هذه البهائمِ لَأجرًا ؟ فقال : في كلِّ كبدٍ رطبةٍ أجرٌ

“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat.  Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum. 

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus.  Lelaki itu berkata:  “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”.  

Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.  Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut.  ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. 

Para sahabat bertanya: 

“Wahai Rasulullah,  apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” 

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: 

“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” 

(HR Muslim)

Nah, memang tersedia pahala pada haiwan-haiwan ini untuk kita rebuti, berdasarkan dari kalam Nabi yang mulia, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam di atas!  Tinggal kita mahu memetiknya sahaja…

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com

===

Boleh baca juga artikel ini:

Advertisements

21 responses to “Pada Haiwan Ada Pahala

  • nora

    Assalamualaikum. Saya ada ‘kehilangan’ beberapa ekor kucing kerana sakit dan sebagainya dan berharap dapat bertemu dengan mereka di akhirat kelak. Saya juga ada berdoa agar mereka dijadikan manusia oleh Allah dan menjadi anak-anak saya di akhirat nanti. Tapi, setelah membaca “Pada Haiwan Ada Pahala” ini, saya berasa sangat sedih kerana tidak mungkin saya dapat bertemu dengan mereka lagi dan tidak mungkin doa saya akan termakbul. Adakah berdosa apabila saya sedih dengan ketentuan Allah?

    Like

    • Shahmuzir

      Sedih dan tidak redha dengan ketentuan ALLAH boleh berdosa. Itulah ujian buat kita. Kita disuruh agar mencintai ALLAH lebih dari mencintai ibubapa, anak, adik-beradik, harta dan haiwan kesayangan kita.

      Dahulukan iman lebih dari emosi kita. Semoga puan sabar dengan ketentuan ALLAH dan redha dengannya. Dan moga2 ALLAH ampuni dosa-dosa kita yang telah lalu, amin…

      Like

  • nora

    Assalamualaikum. Terima kasih tak terhingga kerana telah menyedarkan saya.

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah…

      `Umar radhiAllahu `anhu pernah sangat beremosi apabila insan yang paling beliau sayangi, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam telah meninggal dunia. Beliau dan seluruh ummat Islam telah dinasihati oleh Abu Bakr radhiAllahu `anhu mengenai hakikat makhluq yang pasti akan mati, sedangkan ALLAH tidak akan mati.

      Kita saling tegur menegur in shaa’ ALLAH apabila terlupa. Apapun, sedih apabila kehilangan makhluq kesayangan adalah lumrah dan fitrah manusia. Yang diajar ALLAH ialah supaya kita sabar dan redha menghadapinya.

      Like

  • rahmat

    Assalamu’alaikum saya juga baru kehilangan kucing saya sayang saya paling sayangi
    saya begitu amat menyayanginya

    setelah membaca artikel anda diatas saya tambah sedih karena tidak dapat bertemu lagi dengan kucing saya lagi di dunia dan di akhirat nanti…
    apakah tidak ada kesempatan lagi bagi saya untuk bertemu dia kembali?

    mohon pencerahannya

    Like

    • Shahmuzir

      wa`alaikumussalam warahmatullah.
      Kesedihan saudara akan reda setelah lama masa berlalu.

      Like

      • rahmat

        assalamu’alaikum
        rencana Allah sangat hebat dan tidak ada seorangpun yang mengetahuinya
        dan baru terjadi kepada saya

        induk kucing saya yang baru meninggal kembali lagi setelah sudah 5 bulan dibuang
        tepat 6 hari setelah kucing kesayangan saya meninggal
        dan 3 hari kemudian dia membawa 2 anaknya yang mungkin ditinggalkannya untuk mencari2 rumah saya
        sehari kemudian 1 anaknya dibawanya juga

        Syukur alhamdulillah rasa sakit kehilangan diobati dengan cara lain oleh Allah SWT

        Like

  • CikRie Rman

    Salam..saya amat menyayangi kucing saya yg telah mati 3 minggu yg lalu..sya mmg teramat sedih atas kematiannya tetapi sy redha di atas ketentuan Allah kerana semuanya adalah milikNya..walaupun haiwan akan menjadi debu..sy tetap berdoa setiap kali solat agar di akhirat kelak saya dpt hisup bersama kucing2 sy..terutamanya putih..Bg saya,,Allah Maha berkuasa dan bukanlah mustahil untuk memakbulkam doa dan menyatukan kami semula di syurga..In sha Allah..Aminn..

    Like

  • Anonymous

    Baru harini dapat tahu kucing yang saya paling sayang mati kena langgar pagi tadi. Menangis hampir 8 jam dah. Bukan tak redha dengan ketentuan allah. Tapi tipu lah kalau tak sedih kan. Ya Allah. Lemah satu badan. Saya rindu kucing saya. 😦

    Like

  • ummi

    Subhanallah… Kucing kesayangan saya juga telah meninggal seminggu yang lalu. Bohong jika saya tidak menangis kerana sangat rindu padanya. Terbayang-bayang sikap manjanya yang amat menambat hati saya. Saya sering berdoa agar dia memohon pada Allah agar Allah mengampunkan saya sekeluarga dan kami dapat bertemu semula di syurga Allah nanti . Aminn..

    Like

  • revi triana

    Innalillahiwainailaihirojjiun..
    Kupi.. Itu nama Kucing kesayangan aq n suami.. Kupi meninggal 3 hari lalu..13 maret 2014 tepat dihari lahirku..
    Kami sangat sedih.. Melihat kupi sakit, melihat dia menghembuskan nafas terakhirnya.. Sampai hari ini, masih terbayang jelas wajah n semua kenangan bersamanya… Ya Allah.. Kami sangat merindukannya..
    Walaupun dia kucing.. Tp dia sdh kami anggap seperti anak kami sendiri.. Ya Allah jagalah kupi, bahagiakanlah dia di sisiMu.. Hamba yakin kami akan bertemu dengannya, kelak kupi akan menjadi penolong kami di akhirat di hari penimbangan amal.. Aaaaaamiiiiiinn…
    Ya Allah, tlg sampaikan slm sayang n rindu kami kepadanya…
    Terima kasih Ya Allah Engkau telah mempertemukan kami dengan sosok Kupi yg selalu menemani kami..

    Like

  • Anonymous

    Sy baru kehilangan kucing kesayangan sy Ayang pd Selasa 21 May 14. Sy masih menangis mengenangkn dia. Kehilangan yg amat berat bg sy. Terasa separuh jiwa sy dibawa pergi. Terbayang2 kenangan bersamanya terutama saat2 dia merarik nafas terakhirnya. Hilang semangat sy. Sy menganggap dia anak sy dunia akhirat. Bla membaca blog saudara sy merasakan punah harapan sy utk bertemu dengannya di akhirat kelak. Utk bertemu dengannya di syurga kelak. Sy redha dgn ketentuan Allah tapi kesedihan tak dapat dibendung. Dia bersama sy selama 10thn. Tido dgn sy malah makannya pn bersuap. Sy layan dia mcm manusia. Allah berat sungguh ujian kematian dia pd sy.Sy sgt berharap dengan rahmat Allah sy dpt berjumpa dengannya lagi di akhirat kelak malah bersama2 dengannya semula di syurga kelak. Amiin.

    Like

  • Lavender Novella

    dalam syurga itu nanti segala permintaan kita akan dikabulkan.

    arwah ayah saya cakap, mintaklah apa saja didalam syurga, akan diperkenankan sekelip mata 🙂

    saya nak minta jumpa semua kucing2 saya. insyaAllah!!

    Like

  • sarifah

    Sedih sgt2…kucing yg ku beri nama garet bru saja “pergi”…bagaikan separuh jiwa di bawa pergi…sy sgt2 kehilangan…walaupun garet hanya seekor kucing tp,sungguh sy x dpt menerima kepergianya…ku tangisi…kerana ku sedar,slps ini…kepulangan ku dari kerja sda x bersambut…kebiasaan garet..tidur ats kepala ku atau ats perutku…garet sgt2 manja dgnku…selepas ini..ku hanya melihat garet dlm memory ku….

    Like

  • Nornazirah

    It was so convincing n beautiful meaningful words.
    I preferred if you puplish meaning full video’s tq.

    Like

  • Siti sahara

    Hari ini 19 dis.2014..aku telah kehilangan arnab kesayangan ku yg bernama mochi…aku amat menyayanginya, namun dia telah pergi bt selama2nya…sedih tidak terkata..apabila melihat sangkarnya dan mengenangkan kemanjaannya…aku x bole nak lupakan..

    Like

  • mazri

    agar2 doa kalian diterima allah.amin……..

    Like

  • beks

    semalam aku baru kehilangan atan, sahabat terbaikku..kucing kesayanganku..dia bawa separuh dari jiwaku bersamanya di tempat yang lebih baik..2 tahun aku menyulam kasih sayang tanpa sempadan adan tanpa syarat..rindunya hanya Allah saja yang tahu..teriam keasih Allah untuk atan yang comel dan sentiasa makes me feel calm..luv ya atan

    Like

  • Anonymous

    Semalam kucingku yg diberi nama kuning, telah ‘pergi’ kerana dilanggar kereta. Sungguh semalaman saya tidak boleh tidur kerana sedih yang mendalam.. sehingga saya terbayang-bayang yang die selalu berkeliaran dalam rumah saya, memanggil-manggil saya . Sungguh terasa berat untuk saya terima semuani. Sehingga saya berdoa suapaya Allah beri saya kekuatan dan memperkenankan doa saya untuk bertemu dengannya di syurga nanti. :’)

    Like

  • Indonesia

    Bisa ubah ke bahasa indonesia haiwan=hewan kami ini orang indonesia

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: